Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Kesan Gajet Ke Atas Anak-Anak


Assalam cube baca artikel kat bawah ni, 

Kesan Gadget melalui Kajian dan Fakta yang diperolehi ke atas anak-anak.

Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah ...Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah : 

Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. 

Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah



3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri. 


4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka. 




Alamak bile baca artikel kat atas ni, rase menyesal ajar Alisya guna TAB..huhu Tapi mummy ajar Alisya flashcard je kat TAB tu, boleh kan..Daddy Alisya nak jual TAB Alisya tu, bagus la, lepas tu nanti belikan Alisya & mummy basikal, petang-petang/pagi-pagi boleh kite kayuh basikal same-same..hehehe 
Nanti Alisya dah besar kite ajar die outdoor activities, biar die aktif and bagi die main boardgames macam saidina, sahiba, snake&ladders, main congkak, batu seremban, dam haji, chess etc jangan biasakan die main gajet-gajet ni..huhuhu

4 Response to "Kesan Gajet Ke Atas Anak-Anak"

  1. SYANI says:

    Ada betulnya juga.. Along memang hadkan masa untuk diaorang main... Petang2 tak bagi duduk dalam rumah tapi suruh buat outdoor aktiviti.. Kalau tak asyik terperap je dalam rumah.. Tapi budak2 ni pun deme tak berapa addict dengan satu2 gajet... Sehari dua tu cam kemaruk la pastu sentuh bila ingat je...

    (^_-)V says:

    Kan along, harapnya Alisya nanti pun tak kemaruk gajet, sebab pi taska confirm dah tak boleh bawak gajet..tapi kat tadika mak sha tu ade budak bwk ipad, kalau x die taknak pegi skolah, tu dah tahap kemaruk dah tu..

    Anonymous says:

    jangan dok ajar anak tangkap gambar swndiri tau...

    (^_-)V says:

    haha mane de mummy tak ajar tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme