4 minggu

Assalamualaikum wbt semua pembaca, lama rasanya tak menulis..4 minggu pertama aku mula bekerja ni memang sangat mencabar..Minggu pertama agak lengang sebab aku just datang office prepare, refresh balik ape yang nak kene buat, and buah hati pengarang jantung aku, si kecil Alisya pun sihat je..

Tapi bila masuk hujung minggu ke 2 sampai lah ke hari ni, Alisya demam, dah kebah demam minggu ke-3 tapi batuk and selsema pulak..Sampai sekarang batuknya yang masih ade lagi, tapi makin beransur pulih..Aku pun dah berjangkit beberapa kali demam, lepas tu kebah, lepas tu ni semalam demam balik...Mungkin Yang Di Atas sedang menguji aku, moga aku sentiasa kuat & tabah..

Kerja di office memang lah tak kan habis, tapi yang datang bertimpa tu menyebabkan aku tak terkejar..Masuk minggu ke-3 dah mula minggu Audit Dalaman, kebetulan aku pulak Auditor, nak tak nak memang terlibat. Minggu lepas aku terpaksa import adik bongsu aku tinggal dengan aku sebab nak elak hantar Alisya ke taska, nak bagi selsema die ok, batuk je lah sekarang ni..

Minggu ni pulak minggu validasi, aku ada cerita yang aku mohon kenaikan pangkat, so kene jugaklah la prepare, files untuk dibawak divalidasi(interview) aku prepare siapkan jugak kat office sebab kalau aku bawak balik umah memang tak bersentuh. Tinggal nak menambah knowledge baca-baca ape yang patut, aku buat kat umah, walaupun tangan duk menepuk anak tido, tangan lagi sebelah pegang tisu lap hidung selsema meleleh, sambil-sambil tu baca jugak la ape-ape yang patut, masuk ke tak, paham ke tak ape yang aku baca lain cerita asalkan aku baca..;p

Alisya pulak bile batuk ni menyebabkan die senang muntah sebab die nak keluarkan kahak..jadi kerap la malam-malam terjaga, jadi memang tiada lagi tidur malam yang nyenyak, cuma semalam aku dapat tido nyenyak dari pukul 10 mlm - 4 pagi (aku pun tak tau aku nyenyak sebab pengsan kot, dah demam kan) pukul 4, aku tengok anak aku tengah isap jari kelaparan, aku susukan, lepas tu dah blerkkk  (kenyangkan die) aku baringkan die balik, die batuk pulak habis muntah kahak and susu semua, memang dugaan betul..malam memang worst lah batuk, aku yang dewasa ni pun time malam-malam la batuk tu nak kuat, sampai nak termuntah..

Aku pergi validasi semalam pun dalam keadaan tak sihat, aku dah tak fikir ape, orang lain beriya bertungkus lumus, tapi aku siap ape yang termampu je la..sampaikan panel tu pun bertanya pasal kesihatan aku..aku jawab biasa je, tak nak la die ingat aku meraih simpati pulak (tapi aku memang dah tak larat sangat sebenarnye). Alhamdulillah dah selesai validasi aku, dapat tak dapat belakang cerita. Kalau ada rezeki untuk anak aku, in sha Allah, Alhamdulillah, tunggu je la resultnye nanti...

Memang makin penat, lunch hour aku kene balik rumah nak buat keje-keje mengepam, kalau kat office memang tak tenang, students keluar masuk, tak tenang jadinye, nak tak nak menapak jugaklah naik ke tingkat 4 tu, lagipun masa ni je lah aku leh qada tido aku kejap walaupun 5 minit je, tapi aku gembira and tenang je tengok muka anak bile die tido, masa tu aku pulak yang sibuk duk cium mengacau die tido hehehe..

Tu je lah aku nak cite..hehehe saje nak menulis dari pendam sorang-sorang, selain aku dah selalu cite kat encik hubby aku kan..hehehe thanks jugak kat encik hubby yang slalu take over jaga Alisya time weekend bile mummy dah tido pengsan..;p Sekarang bising betul mulut die bersembang, hehehe

p/s : Alisya dah 100 hari 2/4/13 ari tu, mummy sentiasa doakan anak mummy sihat selalu, luv u sayang, muah3..

0 Response to "4 minggu "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme