Sembelit lepas bersalin

Bersalin kali ni aku berazam nak elakkan kena sembelit dan nak lebih berdisplin berpantang.

Korang yang pernah kena sembelit mesti tau betapa terseksanya rasa. So memang aku dah siap2 dengan ubat-ubat nak bagi melancarkan proses penyahtinjaan aku.

Aku beli ubat lactul yang mana akan melembutkan tinja dan jugak enema untuk memudahkan tinja tu keluar.

Pas tu aku pesan kt mak aku belikan oren, makan sebiji sehari. Beserta pil manjakani pun makan sebiji sehari. Ostematrix & vit C dari shaklee tu memang aku makan since pregnant lagi so tak abes lagi aku teruskan je la makan dalam pantang ni. Ostematrix selain baik untuk tulang, dia jugak melancarkan proses pembuangan. Dan jangan lupa minum air banyak

Alhamdulillah sembelit di awal-awal hari lepas bersalin tu je, tu pun sebabkan aku kene bermalam di hospital masa baby fea jaundis, so aku x leh nak membuang kat hospital, risau nk tinggal baby lama-lama, paham2 la kalau baru lepas bersalin nak membuang bukan sekejap, lagi lama dari masa mandi.

So far Alhamdulillah dah masuk hari ke 36 ni, rasa dah makin sihat, nak membuang pun tak de masalah tak macam masa bersalin yang sulung dulu.. 😁

posted from Bloggeroid

0 Response to "Sembelit lepas bersalin"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme