Pengalaman bersalin 2nd baby (episod 2)

Dalam labour room, sekitar jam 3.30 pagi. Contraction makin kuat tapi masih boleh bertahan. Nurse, doc silih berganti menjenguk aku dalam labour room tu.

Ade 2 orang nurse pelatih yang menemani aku, sambil diorang pantau contraction. Dari pukul 3.30 pagi sampai ke pukul 6 pagi, terseksa betul aku rasa, sambil dok berzikir baca surah apa yang patut. Nurse pelatih tu pun cakap contraction aku kuat, tapi baby kejap-kejap tido. Tu yang lama agaknya aku duk dalam labour room tu. Boleh tido pulak anak aku ni. Penat agaknya dia, dari malam semalam sampai ke pagi struggle nak meloloskan diri melihat dunia..hehe

Dalam pukul 6.15 pagi agaknya, aku dah tak tahan, aku cakap macam nak teran. Tapi nurse kata air ketuban tak pecah lagi. Diorang cek, memang bukaan dah boleh bersalin, tapi air ketuban tak pecah, diorang tak bagi teran. Doc datang pecahkan air ketuban, masa ni aku rasa ada dalam 10 orang kot nurse dalam LR tu. aku cakap, "panggilkan husband saya kat luar".

Bila encik husband datang die baca surah-surah sambil tiup kat ubun kepala aku. Yang nurse-nurse ni sorang tolong pegang kepala aku, sorang pegang peha kiri, sorang pegang peha kanan, yang lain get ready nak sambut baby. Dalam 2 kali teran baby pun selamay keluar. Memang kuat nangisnya, encik suami cakap kat aku "dah selamat, dapat baby girl" pas tu nurse bagi kat die untuk di azankan.

Then nurse bagi kat aku untuk peluk baby tu, dalam keadaan baby berlemoih penuh buih2 putih lagi badannye..😅 Pas tu baru la baby di ambil di bersihkan, dan operasi menjahit episotomi pun bermula.

Ya Allah memang aku tak tahan sakit jahit luka kali ni banding dengan masa Alisya dulu. Aku yakin, kali ni koyak lagi banyak dari dulu sebab proses menjahit tu lama sangat.

Dah siap jahit dalam sejam aku rasa, dalam 7.40 nurse bagi baby kat aku untuk disusukan. Pandai dah anak aku ni menyusu, selesai dia menyusu, barulah aku ditolak ke wad sekitar jam 8 pagi.

Masuk wad, memang bising lah wad tu dengan tangisan baby. Biasalah dah masuk wad kelas 3 kan, tapi aku tak fikir hal tu, yang aku fikir hope anak aku sihat so boleh balik awal. Dah ditempatkan kat katil, encik suami pun x boleh stay lama, sbb ye lah ramai kan ibu-ibu dalam wad tu and baby lagi..security bagi masa dalam 5-10 min je temankan aku, then encik suami pun balik.

Dalam masa kat wad tu aku tido masa lepas lunch je, sebelum tu aku nak cuba tido tapi ade je, nurse datang lah, nurse check jahitan lah, doc datanglah, nurse nak cucuk bcg kat babylah, salin diapers baby lah..henfon aku battery pun dah kong, last aku whatsapp bgtau kat husband doc confirm bagi balik petang, nanti datang je sebab henfon memang dah tak leh on. Husband kata tgh hari die tak dtg melawat la kalau macam tu, datang petang je terus, dia pun nak settle cuci & tanam uri bagai. Aku pun ok je, pas tu aku pun merehatkan diri, tido ZZzzz..

posted from Bloggeroid

0 Response to "Pengalaman bersalin 2nd baby (episod 2)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme