Dah pandai melaram



Dah pandai melaram anak dara aku sorang ni. Tau pulak baju yang dia suka semua tu, yang cantik, yang nampak elok, yang ikut trend.

Mula beberapa minggu kebelakang ni dia kemaruk nak pakai baju frozen sesaja. Especially kalau gi taska, mesti nak baju frozen, sampaikan 2 minggu lepas gi beli lagi 2 pasang baju frozen,menjadikan ada 5 pasang baju frozen saja.

Dia yang akan pilih nak pakai baju apa setiap pagi. Semua yang lama-lama tu dia tolak tepi, tak pilih langsung.

Pagi tadi, lepas dah habis baju frozen semua bersidai tak kering lagi dan ade yang tak basuh lagi. Akhirnya dia pilih baju hadiah dari paman dia, t-shirt&seluar PDI. Aku sayang baju tu sebab agak besar sikit untuk dia, so boleh simpan lagi kan,tunggu dia muat elok2. Aku pakaikan sekali je masa dia lastday kat taska lama ade buat farewell untuk dia.

Pastu mummy dia ni simpan baju n seluar tu kot nanti nak gi jalan-jalan. Tapi....itulah yang jadi pilihan dia nak pakai gi taska pagi ni..huhu abes la buruk semua baju cam ni, tak de baju cantik dah kalau nak gi jalan-jalan nanti. Mummy ko ni boleh tahan jugak kedekutnya tau kalau nak kena belikan ko baju lagi anak oi, kui3

Petang tadi balik dari taska, die selongkar beg baju dia, tunjuk seluar & baju yang dia pakai pagi tadi tu terus cakap "mummy bashuh eh.." hahaha nak pakai lagi la tu bila dah basuh nanti..

posted from Bloggeroid

0 Response to "Dah pandai melaram"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme