Memori sekolah adik beradik



Haha..tadi adik aku yang no 3 post gambar nametag kami 3 beradik dengan ayat kat bawah tu...kekeke

Kami 3 beradik bersekolah di sekolah yang sama. Sampai turn adik last aku, ada sekolah baru dekat dengan rumah, so dia je la yang sekolah di sekolah lain.

Nak tergelak jugak aku baca ayat dia tu. Tapi memang dia paling nakal..jangan kata anak pompuan ni baik dari anak laki..hehe Kiranya yang selalu kena marah ngan mak aku, adik aku yang no 3 ni la..Tapi bila dia pindah & bekerja kat kl, dah mak aku rindu-rindu, kui3, rumah dah xde bising-bising..

Tapi dah dia sorang je adik pompuan aku, haha aku nak rapat dengan sapa lagi kan..Nama pun adik beradik, mesti la sayang, cemana pun perangainya, kekeke

Biasa la tu,orang kata, dalam 5 jari yang Allah bagi kat tangan kita pun ada macam-macam bentuk dan saiz..sama jugak dengan adik beradik ni, yang ni perangai macam ni, yang tu perangai macam tu..😃

posted from Bloggeroid

0 Response to "Memori sekolah adik beradik"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme