Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Aktiviti cuti Thaipusam

Misi aku bila encik suami tak balik sebab cuti sehari je kan, and hari cuti-cuti ni, tak lain tak bukan mengganti puasa la..huhu so pukul 5 pagi aku bangun bersahur. Pas siap solat subuh semua, aku sambung tido balik 😁

Tengah syok-syok tido, Alisya bangun awal pulak..dah terbiasa la dia tu, bangun awal nak pegi skool. Dia bukan boleh tengok aku tido, mengacau la, "mummy..mangun la.." keke buat ayat-ayat syahdu suh aku bangun..

Aku pun dah kena kacau macam tu, mane mau dh tidonye..aku cakap kat dia, "jom kakak, kita gi jalan.." Plan nak bawak dia gi main playground kat tepi pantai.

Sampai tepi pantai, syok die bermain, lari sana, lari sini. Main gelongsor, main buaian. Sambil-sambil angin pun bertiup nyaman. Puas dia main bagai, aku ajak balik, dia pun ok nak balik.

Aku bawak dia gi breakfast pulak. Aku malas nak kecah-kecah umah prepare breakfast untuk dia. Layan dia makan breakfast, tapi tak habis pun. Sudahnye tapau je bawak balik.

Nampak pulak kedai rm2 dah bukak, menyinggah kejap, hehe nak balik pun bukan ada nak buat apa pun kan. So layankan Alisya yang suka sorong bakul beroda kat kedai tu, dia je yang nak bawak bakul tu.

Dari aku antara orang terawal masuk sampai dh beratur panjang nak bayo, baru kami settle kat kedai rm2 tu. Pas tu baru la balik umah.

Sampai kat parking, kakak alisya tak mo balik lagi tu. Dia berlari nak main lagi. Aku ajak dia main kat bawah gazebo, sambil umpan dia makan makanan tapau tadi tu. Suapkan dia makan bagi habis. Baru naik umah.

Sampai umah, dalam masa 30min, dah kroih..kroih..kakak alisya..kepenatan all out..hehe aku pun tumpang sekaki la, tido jugak..

Aktiviti petang, cuci baju, lipat baju..cukup time masak untuk buka..habis 1 hari bercuti di negeri orang, jauh dari sanak saudara, tak macam tahun-tahun sebelum ni.

Nak kata bosan, memang bosan jugaklah. Tapi yang hanya mampu aku katakan, bersabar & bertahanlah, Insyaallah ada manisnya nanti 😃



posted from Bloggeroid

0 Response to "Aktiviti cuti Thaipusam"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme