Physiotherapy for my baby

Ok lah sebelum sambung kisah jaundis baby baru ni..nak cerita sikit pasal kisah anak baru aku ni..

Masa baru dilahirkan hari tu, before discaj wad..nurse bagitau nanti ade wakil fisio kaki datang...aku pun tak syak apa-apa, sebab ingatkan nak tengok kaki aku..manalah tau kan, prosedur baru kene buat fisio kaki pesakit pulak ke..

Rupenye bila datang wakil fisio tu, dia kata kaki anak aku ni bengkok sikit (berdebar dan sedih aku mendengarnya, sebabnya kalau tengok dengan mata kita ni memang tak perasan kaki dia ade keabnormalan) tapi wakil fisio tu kata jangan risau, sementara dia tengah baby ni la nak dibetulkan..antara sebabnya jadi macam tu dan boleh dibetulkan (kalau faktor tulang masa tumbesaran dia dalam perut tak boleh dibetulkan) :
1. Kedudukan yang baby yang selesa satu posisi je masa dalam rahim ibu, contohnya dia selesa menyenget kekiri aje ke, atau ke kanan aje.
2. Faktor perut ibunya kecik, baby pulak mungkin besar/panjang. Untuk kes anak aku ni, dia panjang. Aku tengok ukuran panjang dia pun memang dia panjang lagi dari dua kakaknya.


Dapatlah dia kasut ni..kena pakaikan dua jam sekali dan urutan yang dah diajar.

5 April hari tu aku dah ke Occupational Theraphy untuk cek kaki dia tu, Alhamdulillah. Ade lagi sekali follow up hujung bulan ni nanti. Biasanya sebulan aje proses ni, kalau aku rajin urut kaki dia (diorang ada ajar). Harapnya semakin baiklah kaki anak aku ni.

Tu lah aku kata, macam-macam dugaan. Lain anak lain dugaan dan lain rezekinya. Rezeki mengandungkan dia mudah je, diberi kesihatan yang baik. Bila lahir Allah uji sedikit dengan ujian, moga aku terus kuat menghadapi ujiannya.

posted from Bloggeroid

0 Response to "Physiotherapy for my baby"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme