22 Mac 2017 episode 3

Ok lah, dah selamat berada di wad..and of course dah telepas makan malam..sebab di wad diorang akan hantar makan around jam 6.30petang. En husband tanya nak makan apa malam ni..Aku cakap nak air milo panas je, tak rasa nak makan..masih kelesuan sebenarnya..

En husband pun keluar kejap gi beli air milo dan dia beikan juga nasi goreng, sebelum dia balik tu aku kata aku nak salin pad, sebab tak selesa la kat LR tadi nurse yang pakaikan kita pad kan, kalau pakai sendiri kita tau nak selesa cemana..siap-siap semua, en husband pun balik..tinggallah aku and baby bermalam di wad malam ni bersama roommates berdua..

En husband aku dah balik, roommates berdua tu pun datang menjenguk baby..diorang kata lega dah aku dah selamat melahirkan, yang nak tunggu koczer tu dah mula berdebar nak menanti pagi esok..

Kali ni first time lepas melahirkan, aku kene usung beg air ni huhu..tak selesa kot bila kena drip air..dah la kita sakit, nak cuci berak anak, nak bagi susu anak memang tak selesa la tangan ade jarum tu plus nak usung beg air tu.. Aku pun tak tau kenapa kali ni aku kena masuk air..


Lepas dah bertenang di katil, sebenarnya banya benda bermain di fikiran..haha terutamanya aku berdoa mudahkanlah urusan aku nak buang air besar..sebab pengalaman dua orang anak sebelum ni, itu lah benda yang paling aku seriau lepas bersalin..ye lah aku kan jenis koyak luka banyak..sambil-sambil aku berehat tu aku sampaikan kat kawan ofis dan kawan-kawan rapat serta students kelas yang aku dah selamat melahirkan..

Terlelap sekejap sekejap, sambil alert bila baby nak menyusu and dia berak untuk tukar lampin..dalam badan duk lesu lagi tu ku gagahi jua..sebab tau esok boleh balik, nampak semua ok, baby pun kencing berak ok..jadi semangatlah..hehe sambil nurse datang pantau dalam 2 kali rasanya sepanjang malam tu..

Esok pagi, dalam kul 6pg roommate yang akan czer tu dia dah bersiap mandi semua, katanya prosedur dia akan berjalan seawal jam 7pagi..so kami pun ucap moga selamat aje lah semuanya..

Aku pun just tukar kain baju, cuci apa yang patut aje, aku tak mandi beriya, tunggu balik rumah baru mandi...baby diorang ambil untuk mandikan dalam jam 8-8.30 pagi..sambil tu diorang hantar sarapan, barulah aku berkesempatan bersembang dengan kakak yang kes uri dibawah tu..macam-macam juga la kami sembangkan..dari hal keje, anak-anak..hehe

Selesai semua baby pun dah di cucuk bcg, nurse bagitau aku boleh balik tgh hari ni..so aku pun inform en husband..
yeayy baby kita dah boleh balik rumah..😄

Kita lunch la dulu sementara tunggu urusan discaj balik selesai..


3.3kg, normal delivery, girl ❤

posted from Bloggeroid

0 Response to "22 Mac 2017 episode 3"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme