Early show

Lama dah tak bercerita, so nak cerita pengalaman sebelum selamat melahirkan puteri ketiga kami.

11th Mac 2017
Masa mandi petang, nampak ada keluar darah & lendir..memang terkejut sangat, adakah dah nak bersalin ni???sebab anak-anak sebelum ni semua keluar darah mcm tu..aiyoookkk, semua benda tetibe muncul dalam kepala otak (kerja melambak, beg nak balik kg tak kemas lagi, nak kena bersalin kat johor kah???)

Lepas mandi, bagitau en husband, dah keluar tanda..tapi kata kat dia, tak pe nak gi makan dulu selalunya pengalaman yang lepas amik mas 8 jam juga sampai bersalin,(dah janji dengan anak-anak nak gi makan sate)

Makan sate hati pun dah tak tenang, haha adehh.. mana taknya, risau semua ada..

Balik makan sate..cek lagi, still ada darah yang keluar..so husband ajak gi hospital..Menegangkut la kami 4 beranak ke hospital, nasiblah duk kat kawasan tak ramai penduduk, hospital pun tenang aje..😅 Sampai hospital macam biasalah prosedurnya, cek ctg jantung baby and cek bukaan jalan..doc cek belum buka lagi jalannya (lega sangat masa ni). So balik ke rumah dengan sedikit kelegaan.

12th Mac 2017
Bangun pagi mandi, still ade darah yang keluar, en husband tak sedap hati nak gi kerja, so kami berdua cuti duk je kat rumah kot lah darah makin kerap keluar..anak-anak kami hantar je ke sekolah and taska masing-masing.

Sampai ke tgh hari darah dah tak keluar lagi, tapi dalam masa yang sama aku pun dah redha kalau kena bersalin kat johor, so aku siap-siap masak kan untuk en husband and anak-anak, hahaha adehh, at least nanti kelam kabut aku terbersalin ade makanan kat umah..

Sampai ke petang darah dah tak keluar, so kami gi amik anak balik sekolah & taska..malam pun darah dah tak keluar..so kata kat en husband tak pelah, esok dia gi je la kerja, aku pun nak masuk opis, nak settlekan keje-keje yang ada (hujung sem weh, lagi 2 minggu nak final exam, memang busy la kami)

13th - 20th Mac 2017
Alhamdulillah, rutin harian dilaksanakan dengan selamat dan lancar, dapatlah siapkan kerja-kerja, celebrate birthday en husband, siap dapat attend malam pra graduan anak-anak PA on 18th Mac.

21st Mac 2017
Bangun pagi, lagi sekali keluar darah. Tapi memang malamnya tu aku rasa tido tak lena,lenguh pinggang sesangat. Lepas mandi call husband mintak dia balik, sebab dah keluar tanda lagi..so aku pun siapkan anak-anak macam biasa tak bagitau depa apa-apa pun, then hantar depa gi sekolah & taska.

Lepas hantar anak-anak, aku singgah opis settlekan print last keja, print markah students..hehe nasib sempat siap hari sebelumnya..

Siap bercerita dengan geng-geng aku tak join g bekpes sebab nak gi hosp sebab dah keluar tanda, tapi tunggu husband sampai..depa dah kalut tengok aku relaks je buat keje..😅

Husband sampai, kami pun terus gi hospital..bila nurse cek jalan dah buka 1 cm, doktor kata just tunggu di rumah kalau dah mula keluar air atau sakit makin kerap boleh datang hospital.

Keluar dari hospital, kami decide nak balik Ipoh (ye lah, kalau aku berpantang kat johor, payah juga, kurang-kurang dua minggu dah sihat sikit baru boleh nak balik Ipoh, jauh kot nak balik),so amik anak-anak dari sekolah & taska, dan amik barang-barang (beg semua memang dah siap kemas since keluar tanda yang awal tu), terus kami gerak balik ke Ipoh...

posted from Bloggeroid

0 Response to "Early show "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme