22 Mac 2017 episode 2

Masa kat wad nurse pesan "bawa baju baby, pampers, pad ibu..itu je jangan lebih, barang semua tinggal di wad" ok aku pun memang tengah sakit tak fikir panjang, memang itu je aku sediakan..

Dalam LR, nurse tengok barang aku "mane seluar dalam awak?!" Suara memang garang la, dah la aku tgh sakit..
"alamak saya lupa la tak sempat nak fikir.."aku balas. "Habis tu nanti nak pakai macam mana pad tu?!!!..suami ada kat luar?" Dia balas balik, nada macam nak marah aku..
"ade dia ada kat luar, nanti mintak tolong dia amikkan" aku balas gitu je la, tak larat dah layan orang marah, sakit aku dah makin kerap..tak lama seluar dalam aku pun sampai, sambil dia pasangkan ctg nak cek jantung baby..

Tak lama dia biarkan aku menahan sakit sambil pantau jantung baby tu, tetibe muka nurse tu berkerut..ahh sudah aku buat salah apa pulak ni..

"Jantung baby awak ni dah makin lemah.." suara dia panik..terus dia keluar, panggil doktor..masuk 2 orang doktor, indian and chinese cek bacaan ctg tu, then cek jalan.."7cm.." aku dengar diorang cakap..

"U tau cara nak teran berak kan..ok sekarang i nak u berak(teran).." yang indian tu bagitau aku (Nampak macam senior doktor..) dia sambung lagi, "kalau u tak teran, u kena operate sebab baby heartbeat makin lemah"

Ahh sudah, dengar perkataan operate aku dah seriau, jantung baby lemah pulak, aku pun terus reply "ok doktor.." apa lagi terus la aku meneran dengan bantuan doktor berdua tu dan nurse garang tadi tu..aku rasa dalam 4 kali aku push, tapi memang sakit and terasa pedih laluan keluar baby tu..maka lahirlah zuriat ketiga kami..tak sempat nak panggil en husband masuk sebab semua orang dah panik dalam LR tu..bayang la baru 7cm aku teran, koyak nye???hmm jangan cakap la, memang banyak...

Sekejap sangat proses kelahiran kali ni, kira macam doa aku termakbul sebab aku seriau bila menghadap sakit contraction dua anak yang sebelum ni..aku doa jangan la aku sakit contraction lama sangat..memang termakbul doa aku tu cuma dalam keadaan mendebarkan..huhuhu aku masuk LR 5.30pm, 5.50pm baby keluar..dia letak kejap baby atas dada, then nurse bawa baby keluar dari LR

Sambil jahit luka perineum aku tu, doktor tak habis-habis duk sebut, "nasib baik u boleh teran, kalau tak, i tak tau la..memang operate.." Aku dengar je la dia duk menyembang dengan aku, dalam kelegaan juga la...terasa sakit juga jahit kali ni especially bila tang kulit tu,pergh..tapi redha je la asalkan baby dah selamat keluar..dalam 6.30pm siap dah doktor jahit semua, nurse dah bersihkan aku..

Then lama gila aku tunggu untuk dibawa naik ke wad (sebenarnya aku duk fikir benda lain, baby aku tak ok ke..kenapa lama sangat ni..) 7.30pm baru pintu LR dibuka, datang la nurse 2 orang tolak katil sambil kata "sorry katil baru sampai.." legaa aku dengar, aku ingat lambat pasal baby aku ada masalah..

Nurse yang tolak aku ke wad tu siap tanya "awak ni memang senang bersalin ke?" Sebab tadi dia juga yang tolak aku ke LR.. Haha adoi, aku jawab dengan senyuman aje..letih kot nak nyembang banyak-banyak..

Diorang panggil husband aku, masa ni aku ingat husband dah tau aku dah bersalin, rupanya dia tak tau...terkejut dia tengok dah ada baby sebelah aku..kesian dia, anak kali ni tak sempat dia tengok proses kelahirannya..

Sampai wad, baru la en husband dapat pegang baby..roommates aku berdua tu terkejut jugak, aku dah balik bilik dengan baby...lega juga la aku dapat bilik tu sebab baik aje dua orang tu, dua-dua cikgu sekolah..jadi memang tak diam lah, ade je diorang sembang..

Ok lah kita sambung kisah kat wad pulak untuk next episode..

posted from Bloggeroid

1 Response to "22 Mac 2017 episode 2"

  1. SYANI says:

    Alhamdulillah semuanya selamat.
    Adib dulu pun 7cm along dah teran... dah le first time bersalin normal masa tu. Nasib la baby kecik je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme