Prolonged Jaundis for my baby [episode 2]
4:20 PM
(^_-)V
,
0 Comments
Hari ke-4 nurse datang memantau di rumah, tengok anak aku, dia nampak kuning. Diorang mintak aku ke HRPB bahagian pediatrik untuk cek baby. Aku and husband pun lagi sekali ke HRPB. Memang aku pun perasan yang kuningnya tu, cuma sebab masa discaj tu, doktor kata follow up amik darah hari ke-5. So aku pun just keep on bagi dia susu, supaya dia berak, kencing.
Masa hari ke-5 kami bawa baby ke KK untuk cek kuning. TERKEJUT semua nurses sebab bacaannya 378!! Sebabnya bila bacaan 450 dah kena buat treatment tukar darah..Kecoh kejap klinik, sekali lagi diminta bawa bay ke wad 6C, untuk phototheraphy..aduiii bertabahlah.
Sampai di klinik, anak aku terus diletakkan bawah lampu, aku pulak menunggu untuk diberikan katil..sampai jam 10.30pagi..3petang baru dapat katil..memang nak kata perut lapar, kaki tergantung, tok sah cite la kalau tak kuat iman memang boleh meroyan..Nasib en suami dah belikan roti & air, so itu je lah makan tgh hari aku..huhu
Dapat katil jam 3 petang, baby pun dah di ambil darah lagi sekali jam 3.30petang. aku pun dapat katil tu mengemaslah barang-barang aku, merehatkan diri yang dah lelah duduk aje sedari pagi tadi.
Make it short and simple, pagi esok lepas darah dah di ambil lagi sekali untuk cek bacaan LSB baby, bacaannya 319, masih tinggi lagi, so doc bgtau dia mintak baby stay lagi 1 hari..
Aku pun redha je lah, asalkan anak aku betul-betul sihat. Bacaan di hari berikutnya 270..Alhamdulillah doktor bagi discaj, tapi esok kena follow up di klinik kesihatan.
Dari hari 8 - 14, hari-hari aku berulang ke klinik kesihatan. Hari ke 14 anak aku kena ambil darah sebab doktor diagnose dia prolonged jaundice (sebab sampai hari ke 14 kelahiran bacaan jaundisnya masih tinggi). Masalah anak aku ialah bila dia fully breastfeed, dia kurang 'poo poo'..bila tak membuang cemana jaundis tu nak turun kan..Jadinya aku decide untuk bagi dia formula milk(hasil dari bacaan pengalaman orang lain setelah pelbagai ikhtiar aku cuba, semua en suami beli, ekstrak mandian Nuraz, susu kambing, anggur hitam, oren sunkist)..dan lepas je minum fm tu dengan banyaknya dia membuang..huhu legaaaa
Berdebar aku menunggu result darah tu, nurse beritahu if anything diorang akan call. Sampai lah hari cek sebulan, aku ke klinik baru doktor consult dengan aku pasal result. Semuanya ok, Alhamdulillah..lega sangat..
Itulah kisah prolonged jaundis anak aku yang ketiga ni..bila diingat balik, membuatkan aku rasa insaf, bila nanti ada rezeki mengandung yang keempat, aku nak jaga pemakanan elok-elok agar tak perlu lagi nak lalui momen anak kena jaundis..huhuhu orang kata jundis ni bukan sebab darah O sahaja, tapi sebab faktor pemakanan ibu semasa hamil. Maklumlah masa mengandung dulu alahan pun tak de, suke hati je aku makan apa yang aku suke.

posted from Bloggeroid
0 Response to "Prolonged Jaundis for my baby [episode 2]"
Post a Comment