perghhhhhh tebai 6 inci habuk blog ni..nampak tak kebizian yang teruk sangat melanda awal-awal tahun ni...Bizi bak hang, semua KPI nak dikejar..huhu dunia, dunia...
Oklah alang-alang lunch hour ni, perabih skit lagi pasal Penang ari tu.
Orang kata tak baik buat kerja sekerat jalan..so perabih cita pasal Penang ni, pas ni aku pun tak tau la, rasa macam dah lost interest nak tulis blog..
Tengok la, bila rajin nnt giat balik menulis...
Aktiviti kami lepas dah bekpes ala kadar di homestay. Kami terus berkelahan di Pantai Batu Feringghi. Saje nak bagi Alisya merasa mandi laut & main pasir..tapi anak bertuah ni, geli pasir, menangis kaki kene pasir, pembersihlah kononnye tu...:P
Embah berposing dengan 2 cucunya..
Puas mandi manda sambil sambung bekpes kat tepi pantai tu, kami pun siap-siap berkemas nak ke destinasi lain pulak...
Kami singgah sat melihat-lihat di area Gurney Drive. Alisya pun tido kepenatan, so kami pun sekejap je di situ, dah nak masuk lunch time, siap-siap nak balik.
Balik dari pulau, naik feri..
Mengimbau kenangan...
Jalan kat gambar atas ni la, laluan aku bila nak balik ke Ipoh, dari sekolah aku..Setiap kali ada cuti panjang, mula la aktiviti mengangkut beg beso aku (berat weh beg tu, bawak balik bukulah konon nak buat homework) , Bermula dengan bas berhenti-berhenti, then naik ferry, lepas tu baru naik bas ekspress sampai la ke Ipoh. Kalau tak naik bas, aku naik tren. Syok woo sekolah jauh-jauh, lambat nak sampai rumah, membuatkan kita rindu sangat pada rumah. :) (Aku allergic kalau ade budak-budak yang suke nak suruh mak ayah abang kakak die tolong amik diorang, sebab aku selalu dengar rungutan kawan-kawan aku yang geram ngan adik-adik diorang yang sikit-sikit nak suh amik, nak suh hantar...hallo belajar la hidup susah sikit)
Alisya dengan paman kesayangan die tu, hehehe Adik aku ni yang Alisya paling sayang sangat, nampak je die, terus meluru ke paman die..Orang lain jangan harap dapat macam tu..
Ok lapo dah..singgah makan sat kat Seberang Perai
Tumpang berehat sat kat umah en suami, then balik ke teratak kami di Ipoh... :)