Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

pengemas sangat

Dapat whatsapp dari pengurus taska Alisya ari tu..  
hehehe mengemas beg kawan-kawan die pulak..nasib la asalkan ko bahagia nak..

p/s : sekarang Alisya dah mula bijak, pagi-pagi nak kene tinggal kat taska mula la nangis..
Adoi, kalau anak nangis, mula la hati tak syok nak keje...

happy 11months old Alisya


Alisya on 23112013

Happy 11months old my dear baby Nur Alisya..mummy & daddy love you so much..Grow up happily and we'll try our very best to be a good parent to you sayang..
Published with Blogger-droid v2.0.10

heavenly weekend


heaven little princess ni landing-landing, tido-tido, hehehe

status maknye di BITSTRIP pun terasa heaven melayan wiken yang heaven..


Perghhh...syok rasenye weekend yang lepas..bukan ape, al-kisah setelah melalui minggu-minggu yang tak syok, dengan aku demam la, keje yang menimbun la..weekend lepas memang betul-betul lepak..hehe kalau encik hubby ade lagi syok..
Tapi encik hubby aku kene berkursus pulak, jadi die kene korbankan hari minggu dengan travel ke tempat kursus..Alisya pulak, dah fobia kene tinggal, die macam sangat seronok dok kat umah dari pegi umah mak aku..sudahnye, aku lepak je dengan Alisya kat umah..
Tak payah nak masak untuk lunch..pagi-pagi aku dah buat bekpes nasi goreng + teh susu..perghhh, so masa lunch aku belasah je nasi goreng bekpes tadi..
Alisya pun tak berapa nak sihat, batuk & selsema..so die agak slow down skit la banyak baring, guling-guling, tido...
Aku tengok tv sampai lebam..lama betul aku x buat aktiviti macam tu, dulu time single selalu la melayan tv sampai lebam. 
Lepas dah puas layan tv, nak masuk asar dah pun..Alisya pun dah bangun mula aktiviti meligat die, ligat manjat sofa pulak sekarang ni..bile dah boring mule la die nak panjat aku pulak, main anak tudung aku la, aku tak layan, die mule merengek nak mintak dukung..
so aku pun calling2 mak aku tanye nak kuar jenjalan tak..sambil aku nak gi cari minyak angin untuk Alisya (yang ade tu dah hilang die buat main, mane ntah tak jumpe)..
Hari hujan pulak, ingat nak bagi Alisya men taman..last2 singgah tesco je la, men menan goyang2 masuk duit singgit..peh tu makan petang merangkap dinner..
Hujung minggu merehatkan badan memang heaven.....

Published with Blogger-droid v2.0.10

child emotion





Salam Jumuah..ketika aku menulis ni, Alisya sedang lena tido die sebelah..lama rasenye tak menulis, nak jenguk blog pun dah tak sempat..banyak sangat workload yang perlu diselesaikan..

Minggu ni pulak, macam-macam jadi pada aku dan Alisya..

Alkisahnya macam ni, dah lama bos aku maklumkan yang selasa 12/11 ni aku kena ke Putrajaya..so lepas dah discuss dengan hubby, kami fikir elok kiranya tinggalkan Alisya di Ipoh..sebab takut awal2 pagi aku dah nak gerak ke putrajaya dan balik pun pasti hari dah gelap..

So hari Isnin lepas aku pun tinggalkan Alisya di rumah ibuku...memang bukan mudah..rasenye 2 jam sekali mesti aku telefon nak bercakap dengan Alisya..malam tu pun aku buat video call nampak Alisya happy je..aku pun terubat sikit rindu, tapi ambil masa juga nak tido..maklumlah dari hati bersalinkan die, mana pernah berpisah..huhu

Selasa pagi, aku pun bergerak ke putrajaya..Selesai urusan di putrajaya, malam sekitar jam 7.30 aku smpi di rumah..Aku telefon Alisya...Tapi aku dengar suaranya menangis macam nak ceritakan sesuatu..Terus aku siap balik Ipoh malam tu jugak..Sampai di Ipoh around 9.30 malam, aku pegang badan Alisya dah panas..mak aku kata lepas aku called tu die nangis-nangis dan badannya mula panas..Malam tu aku tido di Ipoh, dan esok pagi bergegas balik semula ke Behrang, bersama Alisya..

Nampak mukanya suka, sebab aku bawak die sekali..Pagi tu terus aku hantar die ke taska, tengah hari pegi jenguk sekejap, rasa badannya masih panas..So aku pun kesian, ambil la die, aku bawak ke office..

Malam tu gembira je die bermain-main..Kesian aku tengok die..

Lepas ni aku akan fikir bukan setakat 2 3 kali kalau nak tinggalkan Alisya..malah beratus-ratus kali..asalkan die x berpisah tido dengan aku..huhu

Sampai ke hari ni, nampak die fobia lagi kalau aku pegi mana-mana walaupun ke dapur pun  mesti nak ikut...huhu kesian Alisya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme