hidup ini adil
situasi 1
penuh sabar si lelaki itu menanti isterinya pulang dari kerja tanpa sebarang rungutan, dia setia menunggu isterinya saban hari..pabila isterinya tiba turun dari bas..disambutnya dengan penuh senyuman..isterinya tanpa segan silu memeluk pinggang suami tercinta..sambil duduk di belakang basikal suami tersayang...tidak diendah kereta yang menjalar..tidak diendah, kesibukan jalan dipetang hari pasangan itu pulang kerumah dengan senyuman...itu kisah mereka...mereka tidak perlu wang berjuta untuk meraih cinta..=)
situasi 2
perempuan itu pulang dari kerja menaiki kereta mewahnya...meredah kesibukan jalan sambil ligat fikirannya berputar...tidak diendah mata yang mengerling melihat kehebatan pacuannya..yang difikirkannya hanyalah,apakah hidangan untuk santapan keluarga nya pada petang ini..setibanya dirumah..yang tinggal hanyalah pokok-pokok bunga yang menyambut kepulangannya...serta ikan-ikan di kolam, penjaga rumah tak bergaji..tiada sang suami..anak-anak kesunyian meraih simpati rakan keluar tanpa pengetahuan...bahagiakah perempuan ini?
situasi 3
sudah setahun rasanya sang lelaki ini tanpa jemu mengatakan dia cintakan kekasih hatinya...walau mereka masih muda remaja, bagi mereka sesiapa berhak bercinta...keluarga melarang, tapi dalam hati mereka memberontak tanpa berani melawan...sang arjuna sembunyi2 menelefon si gadis, pabila ibunya, iaitu seorang wanita bergelar pulang ke rumah..lantas perbualan si anak lelaki ini dengan si gadis tidak semena2 diputuskan dengan sengaja....bakalkah dia menjadi lelaki dayus?atau dia hanya cuba menjadi anak yang patuh?si gadis yang konon cintakan si arjuna, sedikit tersentak, namun baginya itu adat bercinta, banyakkan bersabar...si arjuna menyatakan hubungan ini hanya sementara...jangan mengharap apa-apa kerana kita bukan sedarjat...si gadis, terkesima..kecil benar rasanya dunia..siapalah dirinya..hanya anak gadis yang masih mentah,yang diingininya hanyalah cinta yang indah...akhirnya hubungan terputus di pertengahan...
situasi 4
berpegang tangan sang kekasih menemani gadisnya ke sana kemari...seperti ini menyatakan kepada dunia, gadis ini aku yang punya...hubungan berlarutan sehingga ke gerbang perkahwinan...zuriat bertambah tanda bahagia..tapi benarkah mereka pasangan bahagia?benarkah lelaki yang dulunya mengkhabarkan kepada dunia gadis itu dia yang punya masih menyatakn hal yang sama?siapa yang tahu..pabila malam kesemua zuriatnya telah nyenyak di ulit mimpi, ibu mereka dipukul dengan bengis seperti jijik benar bapa mereka melihat ibu mereka..jika dulu tangan yang sasa ini membelai lembut isterinya, tetapi kini tangan sasa ini jugalah yang menghayunkan kayu2 jati ke badan wanita yang bergelar isteri ini..benarlah kata insan, manusia berubah..tapi tidak bisakah perubahan mematangkan insan?
* banyak lagi situasi yang selalu diperhatikan dan sering menginsafkan diri..kadang kala amat menakutkan untuk mengharungi hidup...namun kadang kala amat manis untuk dinikmati bersama...cuba pandang orang disekeliling kamu,cara makannya...cara tidurnya..cara berjalannya...riak wajahnya...hidup memang kadang tak adil..tapi hidup ini indah...hidup tak perlu mewah, cukup dengan kita selesa menjalani hidup seharian...
0 Response to "hidup ini adil"
Post a Comment