Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

cerita faraid

amanah raya

isnin lepas, terpaksa bercuti sebab dipanggil untuk urusan faraid bagi arwah bapa'. memang ini bukan hal yang mudah, tapi kalau tak diuruskan siapa lagi kan kalau bukan anak-anak. so Alhamdulillah dah masuk final stage bila diumumkan pembahagian yang sebenarnya.

Bukan niat nak berebut harta, cuma kita fikir nak memudahkan pengurusan, contoh macam kereta, susah kalau nak renew roadtax kalau masih belum ditukar nama, nak jual pun tak bolehkan, empunya nama dah tiada...

So bagi yang belum buat urusan wasiat ni better uruskan awal, nasihati ibu dan ayah kita untuk siap2 buat urusan ni, bukan niat kita untuk minta mereka pergi awal..tapi bagi memudahkan urusan supaya bila mereka dah tiada nanti, urusan tu lebih mudah, jangan jadi macam kami, penat naik turun pejabat, ajal di tangan Tuhan, tak salah kita bersedia.

Semasa hari urusan tu, makcik2 saya pun dipanggil, semua adik beradik arwah bapa' kebetulan adik beradik bapa' tinggal makcik sy dua orang je, mama saya, dan adik-adik. Selesai semua urusan lega rasanya, sekurang-kurangnya satu tanggungjawab kita dah selesai. Makcik2 pun dah mula sedar dengan urusan wasiat ni, terus menyelesaikan hal wasiat mereka.

2 Response to "cerita faraid"

  1. Anonymous says:

    nanti sy pun kena buat awal2 la camnih...hehehe

    (^_-)V says:

    masa tu wany wujud lagi x?ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme