kain pelikat, kain batik

sementara menunggu turn bertugas konvo petang ni, 
kita menambah pengetahuan la sat kan..
tadi tengah belek-belek website kat internet terjumpe pasal ni 




Agak cool kan, tapi kenapa tak diwar-warkan secara meluas ke seluruh Malaysia, sarong tu cool..kalau buat kat seluruh Malaysia hahaha, boleh tengok macam-macam ragam orang pakai sarong..

Bersempena Majlis Konvo Politeknik pada hari ni and lepas baca artikel ni, nak cerita sikit pasal kain sarong ni...Ni bukan pasal diri sendiri, tapi pasal orang lain...Kita jadi tukang cerita je...

Ok ceritanya macam ni,Masa suami kawan aku konvo dulu, of course setiap graduate akan dapat 2 pas untuk close relative masuk ke dalam dewan tengok istiadat tu kan, so suami die ni bagi la pass tu pada Mak Ayah dia...

Perkara yang dia risau sangat terjadi dan dia memang jangka akan jadi, betul-betul terjadi pada pagi istiadat konvo tu, dimana ayah dia tak dibenarkan masuk.

Kenapa????

Sebab ayah dia pakai kain sarong, tak pakai seluar mengikut kod etika pakaian, ye lah kita semua tahu masa istiadat konvo tak boleh pakai jeans, pakaian kena kemas, bla bla bla tu baru konvo biasa kalau yang menyampaikan tu Sultan/Agong tu lagi payah, macam-macam prosedur kene ikut...

Masa kejadian tu memang pegawai yang bertugas tu dah pening la and plus kene tahan telinga jugak dengan ayah dia ni, orang tua kan garang, ikut suka dia je kalau dia nak marah orang, yang jadi pegawai ni hormat kan orang tua and kene jadi profesional..setelah lama berbincang akhirnya ayah dia ni dibenarkan jugak masuk..huhu

Kisah pakai sarong ni macam-macam cerita la kan, yang pernah dialami sendiri ialah bila ada sorang kawan tu, ayah dia sendiri memang pegi mana-mana pakai sarong, nak naik bas pun pakai sarong, huhuhu mula-mula berkawan kenal family dia tu macam pelik jugak, tapi lama-lama dah imune..

Tapi bila di fikir-fikir balik, tak ada salahnya pakai sarong, sama je konsepnya macam perempuan pakai kain/skirt kan, cuma negara kita ni yang tak menjadikan pemakaian kain sarong tu sebagai amalan, jadi lama-lama orang pun dah tak reti nak pakai kemas-kemas, bila dah pakai tak kemas tu yang kita dah set dalam mind pakai kain sarong ni nampak selekeh...
termasuk la diri sendiri yang tak reti pakai kain batik..kui3..tapi encik hubby bagus, pandai pakai kain pelikat, die pakai kemas je..hehehe



2 Response to "kain pelikat, kain batik"

  1. Encik H says:

    training dah lama tau...hehehe...

    (^_-)V says:

    Lipat kiri,lipat kanan,jalan selangkah kedepan,gulung2 siap hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme