Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

overreacted



Bila baca pages kat atas ni, dalam buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" bab 'Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri' teringat kepada beberapa kisah pasal 'perempuan overreacted-PO'

Kenapa PO? sebab perkara ini biasanya dialami oleh perempuan, maksudnya, mereka yang dikategorikan sebagai PO ni selalunya perempuan yang bila dia berhubung/berkomunikasi/berdekatan dengan lelaki dia akan menjadi seseorang yang lain, ataupun tindakannya/lenggok percakapannya berubah, menjadi apa yang selalu kita katakan sebagai gedik. ataupun mengelenyor(kata orang perak)

Mungkin ada diantara kenalan korang yang berperngai PO ni, kadang-kadang terdetik jugak di hati kita "aihh die ni tadi cakap dengan aku elok je, tetibe mamat ni datang merenyih gedik semacam je..????"
tak pun, hati kita terdetik "dengan aku nak tak nak je die senyum, tapi bile depan mamat tu kemain lebarrrrrrrrr senyum nye"

Sebenarnye aku bukan nak memburukkan kaum sendiri tapi rasanya perkara ni semakin menjadi-jadi, kita tau naluri perempuan ni suke nak manja-manja, tapi kemon la bertempat and plus perangai tu jangan lah dengan kaum sendiri lain, dengan kaum lelaki jadi watak lain pulak.

Kita tak cakap kalau benda ni tak jadi, ok contoh-contoh yang penah aku alami dan kawan-kawan alami, untuk kes-kes kehidupan harian kita, macam kakak opis aku ni, dia alami lebih kurang sama macam Abu Saif & Ummu Saif alami, Masa tu dia kata die keluar dengan husband die, then terserempak la dengan pekerja kilang(perempuan) tempat kerja husband die, perempuan ni, boleh tegur husband die siap salam cium tangan lagi, tapi buat dono je kat kakak ni. Kalau jadi macam ni, sape tak sakit hati kan..huhu

Zaman sekarang yang serba canggih ni pulak, komunikasi bukan secara berdepan je, ada pulak medium yang canggih-canggih, chatting, whatsapp, sms, mms, fb, twitter, etc jadi bila ada medium-medium ni,
 PO ni pun semakin aktif menjalankan aktiviti 'overreacted' mereka..sudah-sudahlah tu mengacau lelaki, memang dalam hal jodoh kita kene berusaha, tapi jangan la sampai di cop 'overreacted' habis semua lelaki nak kacau. 

Ada jugak kes PO ni dikalangan perempuan dah berkahwin. Pelik kan, nak menggedik ape lagi la, tak rasa berdosa ke dengan suami, cakap dengan lenggok bahasa yang manja-manja dengan lelaki lain..huhu nauzubillah..

Ustaz masa aku kursus kahwin ada cakap, "perempuan memang kena jual mahal"
Jadi, renung-renungkan...



Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Response to "overreacted"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme