Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

MGTT Test aka minum air gula

Pagi tadi dah selamat jalani ujian MGTT ataupun yang selalu disebut ibu-ibu mengandung sebagai ujian minum air gula..Kalau dulu ujian ni untuk ibu-ibu yang ade family history of kencing manis, ataupun yang berat badan naik mendadak, tapi sekarang semua kena jalani ujian ni...Setelah dihantui oleh cakap-cakap kawan yang kata air gula tu tak sedap la, rasa nak muntah la, rasa nak pengsan la lepas minum...Tapi akhirnya hari ni berjaya juga melalui saat-saat tu..

Rasanya tak lah teruk sangat air gula tu, ok je..glukos yang dibancuh extra pekat, macam tu la rasanye...lepas nurse dah amik darah kali pertama, dia bancuhkan air gula tu and minta kita minum sampai habis... Lepas 2 jam datang balik, untuk amik darah semula..senang je prosedurnya..rasa air gula tu tak seteruk lebam lepas kene cucuk amik darah tu tau...cucuk amik darah tu lagi ngeri, sebab kena cucuk 2 kali so rasa sengal sikit tangan belah kiri ni hari ni..

nurse bancuh air gula tu dalam mug size ni la..hehehe

Lepas je siap sume, nurse pun pesan "dah boleh makan & minum..", ye lah dah dari pukul 10 malam semalam tak makan, sampai la ke pukul 10.30 pagi...mau tak berkeroncong perut..ape lagi, tetibe perut pun teringin makan KFC...hehehe order pun bukan main lagi..bak kata kakak belakang masa tengah beratur order KFC tu die tegur kitorang, die cakap "ni betul-betul makan ni.." senyum je la die cakap macam tu, die tak tau yang kite ni kelaparan...hehehe, dengan krusher, x-meal, cheesy wedges..wahhhh, perut ape pun tak tau, tak penah-penah makan banyak macam tu..

 bekas lebam kena cucuk hari ni..=(

casa ku

Alhamdulillah finally dah dapat kunci rumah..
since sign S&P november 2011, macam-macam benda jadi and sekarang dah ogos 2012 baru la dapat pegang kunci rumah ni..
Dah 5 malam tido kat umah baru, hehehe seronok..Walaupun umah kosong je, barang tak de lagi kan..tapi sebab tu rumah sendiri, rasa puas..
Insyaallah next week perabot sampai, baru la terisi skit rumah tu, sekarang ni bercakap berdua pun bergaung2 je bunyi maklumla rumah kosong..

 ni lah die rumah kami yang masih kosong...
Yang penuh kotak-kotak kat bawah kabinet tu, sume hadiah kawen..sume dah diangkut masuk ke rumah baru, mana yang boleh digunakan, kami dah pun guna..hadiah barang-barang electrical macam periuk nasi, blender, oven memang kami guna, pinggan mangkuk mana yang rasa sesuai pun kami dah guna, hehehe nanti kabinet tu kalau ade duit lebih boleh la buat pintu, kurang la nampak semak barang-barang kat bawah tu kan...nanti2 la tengok rezeki akan datang pulak..:)
Tido pun kat hall depan je dulu, kui3..punye la excited nak tido umah baru..katil pun x sampai lagi..hehehe

ni je barang-barang elektrik yang kami beli untuk kegunaan asas..yang lain-lain yang tak penting kami hold on dulu pembeliannya..

eid mubarak 1433H

our first eid mubarak together.. 
hope this happiness will last forever amin..♥

finally casa~ku

Received this sms yesteday from my lawyer..
Alhamdulillah, finally, lega...

merah lagi dah di hantar ke nursery

Pagi tadi terfikir, esok si tecik ni dah keluar..habis je cuti bersalin, mesti dia akan ku hantar ke nursery, tak pun kepada pengasuh...huhuhu sayu pulak hati bila terfikirkan hal tu...tapi bukan mummy sengaja sayang, mummy and daddy kena kerja..nanti lepas kerja cepat-cepat mummy balik ambil sayang tau..

Hubby pun penah cakap, nanti mesti die sedih tangok muka si tecik kena tinggal kat nursery..adeh...tu la kekangan parents zaman sekarang ni kan...Nak pilih tempat asuhan tu pun satu hal...Nak kena survey dulu tempat tu macam mana, rasanya kena jugak buat spotcheck kadang-kadang pi jenguk sekejap..Tak yah la nak bagi cadangan mintak mak jaga, sebab dua-dua mama & mak mertua aku kerja, lagipun bagi aku tak yah la, masa kite kecik-kecik diorang dah jaga kite, ni dah tua nak jaga cucu pulak, bagi peluang kat diorang buat apa yang diorang suka, pegi mana diorang nak pegi.. Unless kalau ade certain keadaan terdesak mungkin nak mintak tolong jaga kejap tu may be la kot..

Selalu dengar macam-macam kes, tersedak susu la, dera la, rogol la, pengasuh bagi ubat tidur la, ishhh nauzubillahminzalik...harap-harap kes-kes macam tu dijauhkan la...Yang aku nampak sekarang ni big possibility nya baby kami akan dihantar ke nursery dalam politeknik..So if anything happen senang, aku pun kerja dalam tu..Tapi tak tau la kalau aku berpindah nanti poli lain tu ade kemudahan taska/nursery macam kat sini, hopefully ade la kan, persatuan kakitangan diorang mesti buat punye..

Kadang-kadang kita boleh nampak beza juga tau, kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan dengan kanak-kanak yang di jaga kat umah oleh pengasuh, and pengasuh tu jaga budak tu sorang je, tak pun yang hire bibik kat umah tu...budak yang dah biasa bercampur dengan kanak-kanak lain ni kat nursery ni, dia pandai bergaul..takde segan-segan, lagipun ada sesi pengajaran juga kat  nursery ni, ajar lepas makan kena hantar pinggan ke dapur, bacaan doa-doa asas..so anak-anak kita ni terdidik la dari segi adab dan pergaulan..Tapi tu la kite kene pantau la, tak semua nursery macam tu, ade yang sekadar jaga nak dapat duit je...Tapi kalau anak-anak yang di hantar ke rumah pengasuh ni, asyik la nak berkepit dengan pengasuh, tak pun berkepit je dengan bibik, tambah-tambah kalau dah memang mewarisi sifat pendiam mak ayahnya, and tak pandai bergaul tu, memang bila nak hantar masuk tadika nanti, mula la payah, kena bertunggu...Tapi ade juga pengasuh yang bagus, familynya pun bagus..ok la considerable juga hantar ke pengasuh kan..

Hmm, tetibe pulak pagi-pagi ni terfikir hal ni kan...Harapnya nanti bila sampai masa, semuanya dipermudahkan...Amin...

mummy & baby's checklist

since kat department ni 2 orang dah bersalin awal..gile ko, bikin neves mak buyung-mak buyunh yang lain ni tau..yang sorang tu 6 bulan (sekarang tengah berkampung kat hospital, nak besarkan babynya nak bagi cukup 2 kg), yang sorang lagi 8 bulan (last 2 weeks bersalinnya)...huhu, tak tahulah pressure kerja ke, ape ke..kerja macam buruh binaan kot lasaknya kami ni, maklumlah all rounder, poli ni pulak dah macam kat batu caves tangganya, hari-hari kalau kira lebih 100 anak tangga dipanjat..kalau lecturer department takyah jalan jejauh, ni kami kene la berjalan tawaf satu poli...naik turun tangga gi kelas, balik umah naik turun tangga lagi, lepas tu travel lagi (dua-dua tu same kes sorang travel wiken, yang sorang travel hari-hari putrajaya-behrang)...memang baby super powerlah kan, ngelejat keluar awal..

Jadinya kita yang tengah menunggu giliran ni, walaupun duenya bukanah dalam masa terdekat ni, tapi dah 2 kes jadi kan, kita ni first time pulak tu, tak de experience lagi, jadi banyak benda nak kena belajar, prepare je lah ape yang patut...sambil-sambil menambah ilmu tadi jenguk-jenguk jugak checklist ape nak kena prepare, ape nak kena bawa bila nak bersalin..hoho Thanks a lot kepada mypermatahati.com, sebab bagi download free je checklist tu..:) 




sampin raya

sumber  : dari FB kengkawan, katenya dapat dari BH hari ni 09082012

kui3..mana PM ni dapat fakta ni pun aku tak tau...

hajat tak kesampaian

Konon-konon berangan nak beraya di rumah baru tahun ni, tapi hajat tak kesampaian la nampaknya..tadi called BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan), cek baru release..adeh, lembsss betui korang ni wat keje...cek baru release katanye, nak sampai ke lawyer alamatnya next week la tu..huhu next week tu, hari Ahad dah raya weh..so memang bye2 la hasrat nak beraya di rumah baru...huk3..


Baru berangan konon-konon nak buat house warming merangkap majlis jamuan raya sekali (sebab dah tak jadikan, so reveal je lah awal-awal, huk3)..tapi nampaknya simpan je lah dulu hasrat tu...haihhh, bile la cerita rumah ni nak menggembirakan, asyik dapat berita tak best je..

our lil's gender prediction


hari khamis adalah hari relax untuk sem ni, sebab awal-awal dah maklumkan kat diorang hari khamis hari nak gi check up pregnancy, so block awal-awal..sambil-sambil up dates notes tu, sambil-sambil tengok benda-benda lain jugak, kui3..tetibe terasa nak baca pasal baby's gender prediction..


it's a boy if:

  • You didn't experience morning sickness in early pregnancy (/)
  • Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute (entah..)
  • You are carrying the extra weight out front (/)
  • Your belly looks like a basketball (/)
  • Your areolas have darkened considerably (/)
  • You are carrying low (entah..)
  • You are craving salty or sour foods (tak pulak, tapi mama kata sejak akhir-akhir ni saya masak masin)
  • You are craving protein -- meats and cheese (/)
  • Your feet are colder than they were before pregnancy (kadang-kadang)
  • The hair on your legs has grown faster during pregnancy (x)
  • Your hands are very dry (/)
  • Your pillow faces north when you sleep (entah..)
  • Dad-to-be is gaining weight, right along with you (daddy jaga badan..;p)
  • Pregnancy has you looking better than ever (entah..)
  • Your urine is bright yellow in color (x)
  • Your nose is spreading (macam sama je dengan hidung sebelum pregnant..)
  • You hang your wedding ring over your belly and it swings left to right (entah, tak try pun..)
  • You are having headaches (kadang-kadang)
  • You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number (x)
(/) - 6 , (x) - 3 , (jawapan lain-lain) - 10


it's a girl if:

  • You had morning sickness early in pregnancy (x)
  • Your baby's heart rate is at least 140 beats per minute (entah..)
  • You are carrying the weight in your hips and rear (x)
  • Your left breast is larger than your right breast (x)
  • Your hair develops red highlights (entah..)
  • You are carrying high (entah..)
  • Your belly looks like a watermelon (x)
  • You are craving sweets (/)
  • You are craving fruit (/)
  • You crave orange juice (x)
  • You don't look quite as good as normal during pregnancy (x)
  • You are moodier than usual during pregnancy (x)
  • Your face breaks out more than usual (x)
  • You refuse to eat the heel of a loaf of bread (x)
  • Your breasts have really blossomed! (x)
  • Your pillow faces south when you sleep (entah..)
  • Your urine is a dull yellow color (/)
  • You hang your wedding ring over your belly and it moves in a circle (entah, tak try pun..)
  • You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an odd number (/)
(/) - 4 , (x) - 10 , (jawapan lain-lain) - 5

lepas tu terjumpa la jugak online quizzes and tests pasal gender prediction ni, 

test 1 - result : boy

test 2 - result : girl


test 3 - result : boy


test 4 - result : girl



dah cuba-cuba buat macam-macam pulak jawapan yang keluar..hehehe tak pe la, asalkan baby mummy ni membesar dengan sempurna dan sihat, gender ape pun tak kisahlah..:)

5 years of???

1 august 2007 - 1 august 2012

Semalam genap 5 tahun aku berkhidmat di PSAS. Orang kata, once u've enter into a government instituition, sampai pencen kita akan berkhidmat dengan gov, especially kaum wanita macam aku ni, tak de aku rasa nak tukar kerja, selesa dah rasanya dengan kerja ni..Tapi pendapat tu mungkin berbeza bagi orang lain, ye lah 'lain padang lain belalang, lain orang lain pendapatnya'.

Teringat masa 1st day aku datang lapor diri, pukul 6 pagi aku dah bertolak dari Ipoh, masa tu pakai kereta arwah bapak, Iswara Hijau (ade lagi kat umah kete tu), berkebaya hijau (baju tu pun aku dah x muat, maklumla pewot dah membesar sekarang ni), muda remaja lagi masa tu, hahaha..

Semangat aku nak lapor diri sebab dapat kerja gov, pas ni aku tak yah pening nak cari kerja lain, sebab memang aku set dalam mind, lepas habis belajar, aku nak kerja gov, aku mesti usaha dapatkan jugak, hehehe sebab aku ni jenis malas dah nak cari-cari kerja lain, and aku bukan jenis suka lompat-lompat kerja (before ni aku kerja dengan private college).

Bila teringat-ingat balik, dengan kerja ni la, aku dapat beli keperluan hidup macam kereta, rumah and barang-barang lain yang aku rasa nak beli..Lepas la nak bagi mak aku merasa duit gaji aku tiap-tiap bulan, nak makan apa yang aku rasa aku nak makan, Alhamdulillah...Berjalan pun rasanya dah puas aku jalan-jalan cuti-cuti, cuma aku belum sempat nak gi berjalan-jalan oversea je lagi. Dulu masa zaman-zaman single kawan-kawan ajak, aku pulak ade je halnye, tak pe la, nanti ade la rezeki tu kan..(hah sudah baby ngidam nak gi oversea la pulak en suami, kui3). 

5 tahun kerja ni, macam-macam jugak aku dah hadap, suka duka, pengarah pun dah bertukar 3 orang, ketua jabatan pun 2 orang aku dah merasa, di bawah pimpinan diorang..and dah pernah dapat APC kira ok la kan, hehehe..

Dalam 5 tahun ni jugak aku tak pernah fail balik setiap minggu ke Ipoh, wohhhh, kalau kira duit dah tabur atas jalan berapa dah agaknye ye..Bukan nak berkira sangat pasal duit tu, cuma family bonding tu yang penting kan..Tu la aku harap-harap biar la tengah muda, and tengah larat ni aku bersusah-susah dulu, jangan la bila dah tua-tua sok dihantarnya aku berkhidmat kat tempat yang jauh dari family..Tak sanggup aku nak bayangkan diri aku drive jauh-jauh macam ade staf-staf yang dah berusia yang dipindahkan ke sini, macam x-pengarah aku tu, huhuhu kesian (bila anak-anak dah besar and suami/isteri pun ade kerjaya sendiri confirm diorang pun ade je kekangan nak ikut kite bertugas kat tempat baru, so terpaksa la berulang jauh). Harapnya bila aku dah tua nanti, aku senang pergi kerja, anak-anak pun tak terabai, tak de la anak-anak memberontak, sebab kurang kasih sayang... 

Aku tak tau ape akan jadi di masa akan datang, tapi 5 tahun yang aku dah lalui kat sini, sedikit sebanyak, tapi rasanya banyak jugak kot, rasa sayang aku kat institusi ni...Tapi entahla, mungkin ni tahun terakhir aku kat sini, next year berpindah mengikut suami pulak, Insyaallah, aminnnn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme