Redha Itu Ikhlas..
"Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah.."
haaaaa ce teka sape yang cakap dialog tu, hik3..kene ade pelat R sket tau bila cakap..
Tapi aku bukan nak cakap pasal citer Ombak Rindu hari ni...
Aku nak cite pasal kisah kerjaya aku...
Kita semua tau dalam sistem penjawatan penjawat awam sekarang ni, skim guru and kementerian kesihatan je yang sistem kenaikan pangkatnya secara time based. Kadang-kadang aku cemburu dengan sistem diorang, sebab aku rasa bukan semua orang suka meminta, and bukan semua orang suka bersaing, sebab kalau tak di niatkan dengan betul, permohonan kenaikan pangkat ni boleh menjadikan segelintir manusia tu buat apa-apa pun tak ikhlas, buat kerja semua sebab nak naik pangkat. So bagi manusia macam aku, aku fikir manusia layak diberi reward macam kenaikan pangkat bila dia dah bekerja untuk tempoh tahun-tahun yang tertentu tanpa perlu kita memohon untuk naik pangkat...huhuhu Tapi bila di fikirkan balik, mungkin kaedah permohonan kenaikan pangkat ini dilaksanakan agar penjawat awam ni lebih competitive, tak de la buat kerja setakat ala kadar, cukup tahun naik pangkat, hmmm mungkin ada pulak yang akan berfikiran macam tu kan.....hmm, tu la pendapat manusia berbeza-beza....
Setelah 5 tahun aku bekerja ni aku rasa dah sampai masanya aku perlu uji diri aku untuk naik one step higher than what I am now...Berbekalkan apa yang telah aku lakukan selama 5 tahun aku bekerja ni, nak tak nak, sama macam pekerja-pekerja lain di mana-mana bidang pun manusia mesti nakkan kemajuan., takkan nak berada pada tempat yang sama je sampai pencen...Tapi janganlah salah sangka, bukan aku mengejar pangkat, tapi bila apa yang kita kerjakan selama ni dah cukup kriterianya, apa salahnya kite mencuba..Dapat tak dapat, berjaya tak berjaya, itu belakang cerita, yang penting cuba, kalau tak cuba mana nak taukan..Aku pun bukannya ada bakat lain macam berniaga ke, ade side income lain ke..Ini je lah kerjaya yang memang aku akan lakukan hingga ke pencen In Sha Allah, so kena lah buat yang terbaik...Mana yang termampu aku usahakan akan aku buat, tanpa perlu menindas orang lain, kenapa aku cakap macam tu, sebab aku selalu mengingatkan diri aku, kalau nak sesuatu usaha, bukan ambil hak orang lain..Aku tak suka and benci kalau orang yang ambil kesempatan nak naik pangkat tapi tak usaha, ambik hasil kerja orang lain...huhu
Iklan kenaikan pangkat keluar masa aku dah mula cuti bersalin ni..Walaupun aku dah mula cuti tapi aku gagahkan juga diri mencuba dan siapkan segala dokumen yang diperlukan...Rutin aku sepanjang menunggu hari ni, macam orang masuk office jugak, hehehe mengadap laptop, printer, scanner, and line internet kene ade la of course, untuk sediakan semua dokumen yang diperlukan bagi permohonan kenaikan tu...Kawan-kawanku di office boleh sama-sama duduk sediakan dokumen mereka, huhu cemburu pun ada...Tapi aku duk sorang-sorang sediakan dokumen, harapkan apa syarat dan keperluan yang di tulis dalam iklan tu je la, and mana-mana yang aku tak paham, aku call urusetia and ade la jugak kawan-kawan yang jadi mangsa pertanyaan aku..Ade jugak kawan-kawan yang membantu mendapatkan apa-apa dokumen untuk aku, ade yang tolong pos, tolong hantar dokumen..thanks a lot kawan-kawanku..:)
Kalau baca perenggan kat atas tu macam aku desperate sangatkan, nak jugak apply tahun ni, macam lah tak boleh tunggu tahun depan..Dah sarat-sarat pun ingat pangkat lagi..hehehe tak kisahlah orang nak kata ape, tapi aku ade alasan aku sendiri kenapa aku usahakan jugak untuk apply tahun ni...Sebabnya aku fikir penempatan aku yang In Sha Allah akan berpindah tahun berikutnya, dan proses kedua untuk permohonan ni nanti, calon akan ditemuduga, so bila dipanggil temuduga nanti pasti lagi menyukarkan, sebab aku akan berpindah jauh, plus aku dah ada anak masa tu, nak pegi temuduga, nak tinggal anak jauh..huhu sebab tu lah aku nak selesaikan tahun ni juga, tak nak menyusahkan orang lain..
So aku cepat-cepat selesaikan urusan permohonan tu, and sambil-sambil selalu bisik pada baby, bagi mummy selesaikan semua ni dulu sebelum bersalin (mungkin sebab tu die pun paham, die duk elok-elok je lagi main-main dalam perut ni :) ). Semalam aku dah selesai sediakan semunya and tadi pagi aku dah selamat poskan semua dokumen yang dikehendaki ke admin office, and aku REDHA je lah, ape yang dah aku sediakan tu, moga-moga segala urusan lancar...
Minggu ni aku nak tenang-tenang je, tak nak pening-pening dah...Nanti berkerut-kerut pulak dahi anak aku ni..hehehe, wish me gud luck for everything that I'm doing k readers...
Wassalam..
GOOD LUCK!!!