Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

happy birthday daddy Alisya

Happy birthday buat suami ku, darling ku, kekasih ku..
Tahun ni first time menyambut bersama puteri kecil kami..:)

 Alisya nak wish birthday kat daddy..
(tengok la rambut tu terpacak, tak sempat nak letak reben, baru bangun tido..hehehe)


Alisya 1st fever

Mata hari ni terasa sangat kuyu sebab semalam memang langsung tak tidur..macam ni lah agaknye yang dirasai oleh semua ibu bapa kat dunia ni, bila anak diorang demam/sakit..Kalau ikutkan hati nak EL je hari ni, tapi memandangkan ade urusan yang perlu di selesaikan, terpaksa jugaklah datang kerja dan mengangkut anakku yang demam tu sekali pagi-pagi subuh tadi..Alhamdulillah selamat sampai, gelong je aku drive pagi tadi, tampar muka, minum air, mengaji, menyanyi, makan gula-gula..memang bahaya drive dalam keadaan mengantuk yang teramat, tapi nak buat macam mana, tuntutan kerja..:(

Al-kisah, buah hati pengarang jantung mummy demam. Masa ambil dia dari taska Jumaat lepas dah perasan yang ade tahi mata kat mata die, buangkan then terus drive balik Ipoh..Dalam kereta pun die ok je, sampai je rumah, malam tu Alisya aktif lagi main-main dengan daddy die..Tapi mata dia keluarkan lagi tahi mata..Risau punye pasal, terus daddy ajak bawak pegi klinik..

tido elok je, tersangat behave, masa sambut birthday daddy semalam

Doc check memang die demam, suspek berjangkit dengan kawan-kawan kat taska, huhu (ni yang aku paling risau kalau hantar anak kat taska, tapi mummy tak de pilihan, huhu). Doc bagi ubat demam, ubat titik kat hidung, and ubat titik kat mata..
main-main dengan daddy sampai meleleh air liur..;p

So weekend kami, hanyalah bersama Alisya, semua aktiviti terpaksa di batalkan..Malam semalam paling sedih, demam dah baik, tapi sebab hingus die dah mula memekat, so die susah la nak bernafas, memang tak lena tidur anakku..Daddy pun siap cari petua hilangkan selsema baby (ambil bawang putih, lumatkan dengan minyak masak, sapu pada dada baby) Kita yang dewasa ni pun kalau selsema terseksa, inikan baby 2 bulan..

 petang semalam, monyok je, tido terganggu, dek kerana hidung tersumbat

Pagi ni terpaksa jugak hantar Alisya ke taska, dengan harapan die ok, mummy nak kene settlekan kerja sekejap..Pukul 10.30 tadi pegi jenguk kejap, die baru bangun tido..Nampak mummy, senyum-senyum die, alahai kesiannya anak mummy, tapi tengok hidung dah kering..tengok malam ni macam mana, hopefully dah sihat la Alisya..Kalau tak ok, esok terpaksalah EL, kuarantin die kat umah kejap, dari bergaul dengan budak-budak taska tu..

Nanti petang mummy ambik Alisya ye, luv u sayang..

wajah kesayangan

Published with Blogger-droid v2.0.10

cameron highlands mac 2013 - day 2

Baru sempat nak update cerita pasal Cameron, hehehe kirenya entri separa basi jugak la nih..

Day 2 di Cameron..
Plannye nak keluar pagi-pagi supaya boleh berjalan banyak tempat, yang tak sempat nak pegi semalamnya. Lepas dah breakfast, kami check out dari apartment around pukul 9 pagi..

Destinasi pertama kami, adalah Sungei Palas BOH Tea Plantation, nak amik feel Ombak Rindu katekan..hehehe Mencabar gak jalan nak masuk ke tempat ni..Kalau tengok dalam gambar tu macam berdating berdua je, sebabnye mak aku malas nak turun, so die nak duk dalam kereta je dengan Alisya. 
Mak aku malas tu sebab ape tau, nak kene parking kereta jauh, then kene jalan melalui ladang-ladang teh tu, untuk ke BOH Tea Centre tu, ala-ala macam jalan nak naik cable car kat Langkawi (masa tahun 2005 yang aku pegi la, sekarang mungkin dah elok kot, ntah la)

Sampai je kami masuk kat BOH Tea Centre ni, hujan pun turun (nasib Alisya tak ikut sekali, kalau tak kesian kene hujan)
Rakyat pun dah ramai kat atas ni, ramai yang breakfast..Kami dah breakfast, so tak lapar pun..
Kami just jalan-jalan tengok kawasan..Memang cantik la BOH buat tempat ni..
Ade muzium BOH, diorang tunjuk sejarah ladang teh BOH ni, dan siap ade kilang & bilik tayangan kalau nak tengok macam mana proses buat teh BOH..
Kami just beli barang sebungkus dua produk BOH ni buat mak & mak mertua..

Destinasi terakhir kami ni di suggestkan oleh adik ipar, so kami pun singgah je la..Tapi setakat duk kat depan tu je bergambar..kui3, malas nak masuk, Alisya pun tido je..
Tanya adik aku n wife die, kalau-kalau diorang nak masuk tak pe la, kitorang tunggu kat luar je, tapi diorang pun tak mau masuk, sebab sekali masuk RM 5 untuk tengok lavender..hahaha ntah la, bagi aku yang tak minat flora & fauna ni memang tak berbaloi pun..
Lepas dah puas bergambar, kami pun pulang..Adik aku & wife die singgah ke Avant Chcolate. Kami tak singgah, dah biasa sangat pegi situ..

monday blues

Assalamualaikum pembaca,

Hari ni terasa sangat 'blues', walaupun berbaju ijo..huhu Merindui puteri kecilku..
Tadi pagi bawak Alisya singgah office sebelum hantar Alisya gi taska, elok je die senyum-senyum dengan kawan-kawan mummy. Tapi bile mummy bagi die minum dengan botol susu, die refuse..huhu mummy dah risau..Kesian takut die lapar pulak nanti, mummy terpaksa direct feeding, nak jaga emosi die, supaya tak ditinggal kat taska dalam keadaan sedih..
Dah kenyang Alisya, senyap, senyum-senyum..Mummy bagi kat babysitter pun die ok je, tapi mummy risau takut nanti bile die lapar die tak nak minum guna botol..
Alhamdulillah tadi called babysitter, die tengah tido, and die nak guna botol..huhu 
Hopefully Alisya mummy baik-baik je kat taska..

Rindu punye pasal, habis semua gambar & video Alisya mummy layan hari ni..

alisya first day at taska


Semalam hari pertama alisya ke taska, berjaya dari pukul 8 pagi - 4.30 petang..Syabas, mummy sayang Alisya..
Pagi lagi lepas subuh, mummy, Alisya and paman(adik aku-ajak die teman, lagipun nak tolong angkut barang) dah bergerak dari Ipoh, sampai dekat nak pukul 8 pagi, terus hantar Alisya ke taska die..Laju je babysitter ambil (dah inform, since semalam, bgtau ari ni nak cuba hantar die). Alhamdulillah, dalam dukungan babysitter tu die senyap je, mummy kiss die and tunggu kejap, lepas tu tengok diorang letak die atas bouncer, mummy cakap pada babysitter tu nanti pukul 10 saya datang lagi bolehkan, saya nak tengok je die dari jauh..
Haih, masa hantar tu tersenyum lagi, tapi bile jalan nak ke rumah (quarters) terbayang muka die masa kena serah kat babysitter tu, senyap je die tengok je, sebak rasenye...sampai je rumah buat-buat busy kemas bilik yang dah lama tinggal tu..Aiseh terasa lambatnye pukul 10 pagi..huhu
Pukul 10 pagi mummy sampai kat taska, tengok Alisya tengah diam duk atas bouncer sambil main-main tangan die..mummy duk blakang die, die tak nampak..tengok je gelagat baby lain, ade yang dah pandai merangkak, ade yang dah pandai meniarap..sorang-sorang baby babysitter bagi mandi..Alisya merengek, lapar, baby sitter prepare susu and bagi susu pada die..
Lepas dah minum, babysitter bagi mandi, 1st time Alisya mandi air sejuk, huhuhu kesian anak mummy, babysitter tu kata mandi air sejuk badan cepat besar, ntah mane fakta die dapat, tipu je lebih..;p Siap pakaikan baju sume, tengok anak mummy ok, mummy pun balik rumah..
Sampai rumah nangis lagi rindu kat anak, haihhh..tido la, kuatkan hati, penat drive, mengemas tadi, tido 30 minit je, pas tu mummy tak leh tido.. mendobi kain cadar, towel dll, sekali lagi buat-buat busy..
Petang pukul 4.30 cepat-cepat turun nak gi amik Alisya..Gud girl mummy dah siap mandi, kite balik awal pegi pasar malam..mummy tak masak, paman pun ada, budak laki umur tgh muda kan banyak makan, so gi pasar malam je lah, bli makanan.
Hari ni pun Alisya pegi taska lagi..Alhamdulillah okay je, babysitter pun kata die ok je, merengek sikit je bile lapar..hopefully Alisya selamat sentiasa dalam lindungan Allah walau dimana Alisya berada..Aaamiinnn..
Published with Blogger-droid v2.0.10

wordless wednesday 06032013


Published with Blogger-droid v2.0.10

cameron highlands mac 2013 - day 1 (cont..)

Destinasi seterusnya adalah pekan Tanah Rata, aiseh jemm, sebab ada Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia pulak kat pekan tu, Siap TPM datang tu..Dapat parking tepi-tepi jalan tu kami pun berjalan-jalan kejap, nak shopping sweater and stokin untuk Alisya. Mase kat Bharat Tea Plantation, sempat belikan snow cap and stokin untuk die..
Tengok la tu nenyak tido dengan sweater baru..:) Masih menunggu adik aku ni, tak sampai jugak, katenye dah sampai Cameron tapi ntah sesat kemana..kami beli barang nak masak untuk malam ni, sebab tengok cuaca pun macam nak hujan je, prepare la stok makanan, kalau hujan tak payah turun malam ni..

Elok je kami sampai apartment hujan pun turun...so rehat-rehat je la kat apartment, dah puas berehat sume pakat tido, landing tengok tv, adik aku pun dah sampai..Petang lepas asar, hujan pun dah reda kami bergerak ke pasar malam pulak..
Masa nak cari parking Alisya tetibe merengek..beriyer aku ni usap-usap perut die, kot kembung ke ape ke..rupenye bile mak aku bukak sweater, bukak snow cap die terus senyap..hadoii ini tak tau sejuk punya anak..Penyudahnye turun gi pasar malam, selambe rock die je, dengan baju short sleeve..Orang sekeliling dah pandang pelik je, ye lah baby sebaya die sume berbalut sweater, pakai topi..naik segan mummy dengan daddy ni, daddy siap cover die dengan jacket daddy, tapi die ape tak heran..hehe

 Aktiviti malam, dok kat apartment je, sambil tengok Festival Filem Malaysia..
Alisya tido dah macam-macam aksi, dari berbedung sampai dah jadi sampin bedung tu, tinggal balut pinggang je..kui3...

cameron highlands mac 2013 - day 1

Assalamualaikum readers, sedar tak sedar cuti bersalin pun berbaki beberapa hari je lagi..
Minggu lepas dah tercapai hajat nak bawak familiku bercuti, ye lah sepanjang 3 bulan menjaga aku dari sebelum bersalin sampai dah selamat bersalin, so aku berhajat nak bawak diorang gi jalan-jalan, especially suami, mak, and adik aku yang bongsu, diorang yang banyak tolong jaga aku..hehehe lagipun mak aku, kalau bukan anak-anak bawak jalan, sape lagi..
Dekat je percutian kali ni, tak lain tak bukan, sama macam tajuk entri ni, dah semestinya Cameron Highlands..hehe ye lah nak bawak anak kecik berjalan, pegi tempat yang dekat dulu kan, nanti die dah besar sket baru gi tempat jauh..
Around pukul 8 pagi (hari Sabtu) kami bertolak ke Cameron, itupun ikut perancangan pukul 7 pagi nak bertolak, tapi biasa lah, menunggu orang ni siap, orang tu siap, pukul 8 pagi jugak mula gerak..
Alisya sepanjang jalan tido je, baring kat seat belakang duduk dengan embah die..

Owner apartment sms bgtau boleh cek in awal, Alhamdulillah..kami singgah apartment dulu, hantar barang, rehat-rehat kejap..Owh ye, kali ni kami stay di Prima Villa apartment di area Tanah Rata, minggu ni memang banyak apartment yang fully booked, jenuh bertanya, akhirnya dapat jugak..
Apartmentnya agak spacious, luas, tapi heater shower kat rumah ni sengal sket, kejap sejuk kejap panas airnya..hehehe Kalau nak book boleh jenguk blog owner ni afhomestay.wordpress.com

Lepas dah agak-agak hilang penat, kami keluar dari apartment pegi Bharat Tea Plantation, tempat yang boleh dikatakan kami mesti singgah, kalau sampai Cameron ni..hehe 
Masa sampai tu, Alisya berjaga lagi, so excited nak berjalan dengan die, sekali masuk je dalam carrier, boleh pulak die terlelap..hehehe memang masa tido die la pagi-pagi ni..

Tak larat nak berjalan sampai ke bawah, kami duduk di atas je..Alisya pun tido, mak aku kesian die tido dalam carrier tu, die pun amik dodoi dalam pelukan die..Dalam pada tu, kami sebenarnye menunggu adik aku dari KL, tak sampai-sampai, bertolak pun lambat dari KL, jenuh menunggu..

 Sambil-sambil menunggu tu kami lepak minum kat cafe Bharat ni, dari tengok ladang teh, sampai dah boring mula la nak menengok orang, masing-masing datang bawak tab sorang seketul, yang 10 inci, yang 7 inci, hahaha dah rope ape je, pegang papan sorang satu, nak tergelak je rase, tambah-tambah kalau tengok orang tu tengah merakam pemandangan kat ladang teh tu, abis sume orang die langgar, sebok nengok tab je, tapi memang ramai orang hari ni..Adik aku belum sampai-sampai lagi, ok lah gerak ke destinasi seterusnya..Ciao..

bersambung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme