Perginya Haji Rothman bin Haji Sirat
2 oktober 2010 setelah genap 6tahun 26hari perginya embah wedokku Hajah Ngainah ke rahmatullah, mengikut pula embah lanangku Haji Rothman pulang bersama ke rahmatullah..
Perginya dengan penuh ketenangan, seperti telah tahu ajalnya akan tiba, dan di kala telah selesai semuanya, kulihat wajahnya sungguh tenang sekali seperti tersenyum..
melihat pemergian seseorang memang menginsafkan, apabila dilihat tanah perkuburan yang semakin penuh, bertambah lagi keinsafan, menandakan bahawa bumi semakin tua, kita berada di akhir zaman..=(
Kami sekeluarga memanggil nya dengan gelaran embah lanang (atok dlm bahasa jawa), seorang yang x banyak bercakap, lebih banyak diam, namun dia tidak lokek dengan senyuman..
dia pernah bercerita bagaimana dia ingin menackle arwah embah wedok (nenek dalam bahasa jawa) hehehe kelakar ceritanya, katanya arwah embah wedok dulu memamng cantik, tambahan pula anak tok guru mengajar mengaji..jadi memang jadi rebutan jejaka, embah lanang ku pula kulitanya agak ala2 kata orang samar2 gitu, jadi dia punyai cara tersendiri menackle embah wedokku, dia pergi belajar mengaji dengan tok guru, dan tok guru (moyangku) berkata, kalau kamu mahukan anakku kamu mesti habis menuntut, wah berkobar2 la arwah embah lanangku, dan akhirnya disatukan mereka berdua..sweetkan jalan ceritanya, kalau mereka tidak berkahwin xde la generasi kami..=) ♥
Semoga rohnya dicucri rahmat dari Yang Maha Esa..amin...
p/s : thanks to sergeant keroro yang banyak memberi moral support, pada hari tersebut kami telah merancang untuk berjalan2 tetapi rancangan tersebut telah terbantut, next time ya darl..sob3..
xpe...we still have plenty of time...i still luv u...my momok...:)
kau harus ada..luv that song..♥