home alone

Sejak-sejak bersendirian duk kat quarters ni,habis je masa kerja,terus balik umah..dok la sorang-sorang sampai esok pagi baru jumpa orang balik..

Housemates sorang...sorang pindah,semua dapat pindah balik ke pangkuan keluarga[hopefully my turn after this] hehehe  so nak tak nak,bertahan je lah dalam setahun ni,sementara tunggu ketentuan hubby nak dihantar ke mana..

Bila balik keje tu,walaupun penat, tak boleh nak duk diam, terasa boring umah ni pulak besar,ada 5 bilik, bila tengok semua tempat, semua rase nak ubah [saje nak bagi busy, bila boring dok sorang-sorang] semalam dah ubah posisi perabot-perabot kat hall,hahaha,adoi mane-mane yang tak larat tu,tolak je lah pelan-pelan,kalau tak buat, mata asyik nak tengok je,hati rase tak puas,bila dah buat haaaa..baru puas.. 

Bab makan pulak, my everyday routines, jenuh pikir nak makan ape pun tak tahu, jengah dapur,usap perut, kalau lapar,masak nasi, kalau tak lapar buat makanan simple-simple,masak lauk pun simple-simple je, sambal ikan bilis ke, sayur campur ke, lauk telur ke, asalkan makan, makan untuk hidup, buat ayat sedih la pulak ye..kui3


spaghetti semangkuk

cucur sepinggan

nasi, sambal ikan bilis, telur rebus

bihun goreng

Haihhh,tu lah orang kata,manusia ni mana boleh hidup sorang-sorang,mesti sunyi..
nasiblah boleh balik tiap-tiap minggu,kalau duduk je kat sini tak tahu lah....

Published with Blogger-droid v2.0.2

0 Response to "home alone"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme