dia tetap ciptaan-Nya
10:37 AM
(^_-)V
, Posted in
my family
,
0 Comments
masa kita skolah rendah dulu,bila ustazah bercerita kita mesti satu kelas diam, khusyuk je dengar, ustazah ade bercerita tentang kisah ini:
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
bukan nak bagi tazkirah apa2, cuma cerita kat atas tu tetibe teringat masa nak tulis entri ni..=) sekarang rumah kami sentiasa dikunjungi haiwan ini, kisah yang menyebabkan dia menganggap rumah kami sebagai tempat perlingdungan apabila satu malam terdengar suara menyalak seperti meminta bantuan,sekeluarga dengan motto 'pantas pasti berhasil'..hakhak telah melakukan pemeriksaan di belakang rumah kami, dan mendapati rupenye haiwan ini terperangkap di dalam longkang di belakang rumah. Adik ku telah meletakkan sebuah kerusi ke dalam longkang tersebut bagi membolehkan haiwan ini memanjat kerusi dan naik keatas. Tapi haiwan ini mungkin tak tau ape la yang nak dibuat dengan kerusi ni, sampai ke pagi la dia duduk dalam longkang tu, kami dah mati akal takut nak angkut dengan tangan skali diterkam..fuh nnt ain plak citenye, pakcik blakang umah tu pun menolong skali menyediakan papan yang ade macam kayu2, so haiwan ni pun panjat la papan tu.
Aiman adikku yang berperasaan belas kasihan kepada haiwan segera menyediakan makanan untuk haiwan ini, tapi yang paling lawak di letakkan di tempat yang susah untuk haiwan ini makan ye lah takut terpegang kene samaka dan takut juga kalau2 diterkam, hikhik ape lagi haiwan ni menyalak mengejar adikku, lari lintang pukang la aiman..ahahaha adoii la..tapi 2 3 hari ni
haiwan ni masih di sini di belakang rumahku. Kami membuat kesimpulan mungkin dia terlepas dari tuannya atau dia ditinggalkan oleh tuannya, kerana dia macam tak tau nak cari makan sendiri, apabila tiba waktu makan dia akan duduk di belakang rumahku..=) Kini rumahku ada penjaga baru...terima kasih Yang Di Atas..=)
0 Response to "dia tetap ciptaan-Nya"
Post a Comment