Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

melaram

Assalamualaikum readers, soft reminder untuk sape-sape yang masih belum isi e-filling sila-silalah isi ye, esok dah last day..

Alhamdulillah aku dah selamat isi, lebihan bayaran pun aku dah terima dan dah selamat pun digunakan..haha
Memandangkan kasut office, dah hampir setahun tak berganti, kasut tu elok lagi, tapi dah kusam (alasan nak beli kasut baru kan..hehehe hubby aku mesti dah dapat baca fikiran aku ;p).

Dan jugak handbag hantaran yang aku sayang sangat nak pakai, tapi bile pakai cepat je kulit-kulit kat tali tu mengelupas, walaupun handbag tu elok lagi (agak-agak kalau pegi outlet die tu die ade tali replacement tak

So aku plan dapat duit baki income tax tu nak beli 2 benda alah ni la. Semalam misi aku tercapai, dapat lah aku 2 barang ni, walaupun bukan dari jenama pilihan sebab tak de yang berkenan bila masuk outlet die tu, tapi jenama ni pun memerlukan encik suami top up jugak, sebab terlebih budget hahaha nasib ade encik suami yang memahami kan3..;p (kena pandai guna psychology nak pujuk suami shopping & belanja kalau-kalau harga handbag&kasut tu terlebih dari budget..hehehe).

weehuuuu..hahaha setelah sebulan start keje, shopping adalah terapi diri yang terbaik..:D


Kasut ni nampak simple je kan, tapi best, comfy je hehehe ciri-ciri penting nak buat kasut office, kasut nak gi kelas, kasut nak panjat tangga yang banyak kat tempat keje ni, kasut nak hantar amik Alisya dari taska, of course la kena selesa and sedap di kaki..:)

Handbag ni pulak, kriteria utama mestilah besar (nak isi pampers, bedak, wipes, sapu tangan, toys, reben tuan puteri Alisya) tambah lagi dengan barang sendiri. Lagi satu kriteria handbag tu mesti tak keras, maksudnye boleh penyet2, hehe memang aku tak suke handbag keras sebab nampak macam orang tua, nanti dah tua baru suke kot..;p 

pewaris handbag mummy..;p

Okaylah, entri tanpa motif ni saje di post di pagi-pagi hari sebab excited dapat handbag and kasut baru (macam budak sekolah dapat bag and kasut sekolah baru). hehehe bak kate Harith Iskander dalam Lawak Ke Der, orang pompuan kalau cerita pasal shopping memang takkan habis dari pagi sampai ke malam, dah beli pun cerita, tak beli pun cerita, kui3..nak wat cemanakan, lumrah orang pompuan..:)

normal BMI lepas bersalin


Situasi A
Kawan : bestnye dah kurus balik



Situasi B
Mak cik : kurus dah..ni mesti pantang betul-betul ni..



Situasi C
Kawan : jelesnye tengok ko, aku tak dapat lagi berat sebelum pregnant..



Situasi D
Student : puan dah kurus la, puan makan ubat kurus ke?


Situasi-situasi diatas menyebabkan tergerak hati nak tulis entri ni..Alhamdulillah lepas bersalin dapat balik berat asal sebelum bersalin. Dan untuk menulis entri ni, aku tak nak guna istilah kurus, sebabnya kalau kurus kering macam bini popeye pun tak cantik kan, kalau kurus tapi sakit pun tak guna kan, yang kita nak berat badan ideal..haha Yang paling tak boleh blah adelah situasi D, ade ke student tu kate aku amik ubat kurus, caittt, buat perabih duit, buat rosak buah pinggang je, makan benda macam tu..
So aku nak bagi tips la ape yang aku buat untuk make sure dapat balik berat badan before pregnant (and ade kawan aku berat badan die siap lagi rendah dari before pregnant)

Tips 1 : Breastfeed
Itulah ibu segala rahsia bagi yang nak dapat balik berat badan asal. Janganlah malas nak BF baby anda. Kalau ade anasir-anasir luar yang kesian kat kite kene pam, kene bangun malam menempek je dengan anak sebab kene BF, ignore je. Teruskan usaha BF anda. Walaupun aku ni tak pandai pam sebab bila pam penghasilan tak banyak, tapi aku make sure Alisya BF.

Tips 2 : Penjagaan berat badan semasa hamil
Dari pembacaan aku,semasa hamil make sure berat kite naik tak lebih dari 10-12kg sahaja. Berat aku pun naik 10kg je sampai masa nak deliver.Lagipun kalau naik banyak nanti nurse bising and kene pegi dengar ceramah pemakanan la. So jangan la ingat bila pregnant kita makan untuk 2 orang, makan macam biasa dan makan secara sihat, kalau teringin makan je la, tapi jangan la sampai berlebihan memudaratkan.

Tips 3 : Berjalan/Exercise
Jangan malas nak berjalan, macam aku ni Alhamdulillah kerja aku memerlukan aku tak duduk kat office 8 jam straight, aku kene pegi class.Kalau pegi class aku akan pilih untuk berjalan, aku tak drive. So jangan lah malas nak berjalan ye, naik tangga turun tangga, bagus tu. Inilah masa nak exercisekan..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Kesan Gajet Ke Atas Anak-Anak


Assalam cube baca artikel kat bawah ni, 

Kesan Gadget melalui Kajian dan Fakta yang diperolehi ke atas anak-anak.

Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah ...Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah : 

Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. 

Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah



3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri. 


4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka. 




Alamak bile baca artikel kat atas ni, rase menyesal ajar Alisya guna TAB..huhu Tapi mummy ajar Alisya flashcard je kat TAB tu, boleh kan..Daddy Alisya nak jual TAB Alisya tu, bagus la, lepas tu nanti belikan Alisya & mummy basikal, petang-petang/pagi-pagi boleh kite kayuh basikal same-same..hehehe 
Nanti Alisya dah besar kite ajar die outdoor activities, biar die aktif and bagi die main boardgames macam saidina, sahiba, snake&ladders, main congkak, batu seremban, dam haji, chess etc jangan biasakan die main gajet-gajet ni..huhuhu

handphone vs your child

Cuba baca kisah kat bawah ni..




Dear Mom On the iPhone,

I see you over there on the bench, messing on your iPhone. It feels good to relax a little while your kids have fun in the sunshine, doesn’t it? You are doing a great job with your kids, you work hard, you teach them manners, have them do their chores.

But Mom, let me tell you what you don’t see right now…..

Your little girl is spinning round and round, making her dress twirl. She is such a little beauty queen already, the sun shining behind her long hair. She keeps glancing your way to see if you are watching her.

You aren’t.

Your little boy keeps shouting, “Mom, MOM watch this!” I see you acknowledge him, barely glancing his way.

He sees that too. His shoulders slump, but only for a moment, as he finds the next cool thing to do.

Now you are pushing your baby in the swing. She loves it! Cooing and smiling with every push. You don’t see her though, do you? Your head is bent, your eyes on your phone as you absently push her swing.

Talk to her. Tell her about the clouds, Mommy. The Creator who made them. Tickle her tummy when she comes near you and enjoy that baby belly laugh that leaves far too quickly.

Put your eyes back on your prize…Your kids.

Show them that they are the priority. Wherever you are, be ALL there. I am not saying it’s not ok to check in on your phone, but it’s a time-sucker: User Beware!

Play time at the park will be over before you know it.

The childhood of your children will be gone before you know it.

They won’t always want to come to the park with you, Mommy. They won’t always spin and twirl to make their new dress swish, they won’t always call out, “WATCH ME!”

There will come a point when they stop trying, stop calling your name, stop bothering to interrupt your phone time.

Because they know…

You’ve shown them, during all of these moments, that the phone is more important than they are. They see you looking at it at while waiting to pick up brother from school, during playtime, at the dinner table, at bedtime…..

I know that’s not true, Mommy.

I know your heart says differently.

But your kids can’t hear your words, Mommy. Your actions are screaming way too loudly.

May our eyes rest upon those we love, first and foremost, and may everything else fall away in the wonderful, noisy, sticky-fingered glory of it all. ♥




p/s : huhu aku selalu terbuat macam ni, kadang-kadang tengah BF pun duk sibuk main handphone, nak tidokan Alisya pun sempat lagi main handphone..sorry Alisya sayang, mummy akan cube berubah and sentiasa beringat akan hal ni, daddy pun same kan..:) Handphone tu bila-bila pun boleh, tapi bila anak ada depan mata, utamakan lah anak-anak kite..

ngidam nak bergaya

Sejak-sejak ade baby ni, hati teringin nak bergaya tapi masa tu terkejar-kejar..Kadang-kadang aku berangan sorang, bile la aku nak pakai shawls aku yang melambak tu...Tudung Ariani jugak yang senang aku belasah sekarang ni, kemas dan cepat (nanti kite borong tudung Ariani lagi ye encik sayang, hehehe)

Tapi aku rajin jugak update diri pasal fashion walaupun tak sempat nak bergaya, aku tau jugak pasal peplum (dah beli 1 tapi sampai sekarang tak pakai-pakai lagi..hehehe) dan trending fashion 2013 iaitu color blocking..hehehe


Peplum

Color Blocking Tips

Aku dari dulu memang suke kaler yang terang-terang especially merah, aku sanggup je pakai seluar pink, 1st date dengan encik suami aku pakai baju corak bunga terang, macam corak harimau..hahaha aku beli handbag kaler merah ang-ang, handbag hantaran pun kaler merah, hihi 

Zaman single memang duit banyak habis ke fashion, kasut, handbag, baju, seluar..Lama dah aku tak dapat pakai vogue-vogue (tak sempat weh, tunggu Alisya besar sikit, dengan dia sekali aku dress up kan nanti..hik3)

So sekarang ni aku setakat pakai bersahaja je la, pegi keje tak de la bergaya mana setakat kemas tutup aurat orang tengok pun tak sakit mata, ok la tu kan..officemates aku pun perasan yang aku dah tak sempat nak bergaya, hahaha..Sabar ye, bagi anak besar dulu..sat gi baru nak lilit shawls Alisya dah merengek, payah..So kite simpan dulu sume tu..:)

Monday Blues 22042013




Everything turn into blues today,
Nothing is right,
Nothing is wrong,
It's just I miss my little girl so much,
Mummy went to your nursery just now,
Noticed that you're sleeping,
Take a look at you for a while, 
Wait for mummy ya sayang,
I'll fetch you after work..
Muah..Muah..Muah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Alisya's rolling over

Alhamdulillah, today my adorable princess, Nur Alisya is able to roll over without anyone help :) 
What a good progress sayang, long way to go, macam-macam lagi Alisya akan hadapi..
In Sha Allah mummy doakan apa sahaja yang Alisya akan hadapi, semuanya akan dipermudahkan dan dapat dilaksanakan dengan selamat.. :)

bootle feeding your baby ; how to start and when to start



Tak habis lagi entri mak-mak aku ni..hehehe kalau dah dapat title mak ni, sampai ke mati la naluri keibuan tu kan, nak wat cemana layankan je la ek..hehe hari ni pukul 5 Alisya dah gerak mummy die bangun, batuk die tak settle lagi la, adehh, so aku pun usap-usap la die, lepas tu layan main-main dgn die sampai die tertido balik dah ni..

Ade 2 3 orang member aku yang bertanya macam mana aku train Alisya minum susu guna bottle..Ok jawapan aku yang pertama adalah, semua baby adalah berbeza, so kite kene kenal baby kite..

Start Early
Ahaa tips aku sume pun kene start early kan..macam aku masa dalam pantang tu, yang bgtau ape yang aku patut buat, mak aku la..Kite pulak beranak sulung, so banyak benda tak reti..Masuk je bulan ke-2 dalam pantang mak aku dah suruh train Alisya minum guna botol..Die kata nanti kite rase je cuti tu lama lagi, tapi sementara nak train, nak tengok botol mane yang sesuai, teat(puting botol) macam mane yang baby kite suke, dah amik masa..
So first time aku train Alisya, aku guna botol pureen biasa (aku beli pam pureen yang electric tu, so aku beli storage bottle EBM pun sume jenama pureen), jadi aku beli je la teat utk bottle tu, konon-konon nak jimat kan..Mula-mula train, die refuse, die tak nak, die confuse, sebab teat bottle biasa tu kan kecik, mane same macam manusia punya..

Choose The Suitable Bottle & Teat
Ok lepas die dah tak nak guna bottle pureen, kebetulan kawan aku nak bagi present, die tanye nak ape..hahaha pucuk dicita ulam mendatang, jangan sangka aku kaki mintak pulak, kitorang memang bestfriend, mase die beranak dulu pun aku tanya die nak present ape (konsep konon-konon bagi hadiah biarlah digunakan)..so aku pun mintak bottle Tommee Tippee sebab aku survey-survey teat die sama macam manusia punya (tagline pun : closer to nature)..kawan aku belikan 1 set ade 3 bottles skali kau, Alhamdulillah trime kasih banyak-banyak..

So lepas je kawan aku datang visit, esoknya aku train Alisya guna bottle baru..Alhamdulillah, laju je die minum...Sampai ke hari ni, Alisya adalah pengguna tegar bottle Tommee Tippee (teats die senang nak cari, ade jual kat tesco area umah aku, so tak yah pening bule nak ganti teat nanti). Satu bottle aku letak kat taska, satu kat umah Ipoh, satu letak kat Behrang, nasib ade 3..hehe
Ade sorang kawan taska Alisya pun mula-mula mengalami masalah taknak minum susu guna botol, sebab tak di train awal, sudahnye babysitter Alisya suggest kat mak baby tu guna Tommee Tippee macam Alisya. Mak baby tu sebelum ni die bagi anak die guna bottle and teat yang biasa tu, lepas tu die belikan anak die bottle Avent pun baby tu taknak, sampai masuk angin perut baby tu punyelah die taknak minum susu (mase ni aku tengok sendiri sebab aku pegi jenguk Alisya kat taska, menangis-nangis baby tu)
Sebenarnye sekarang ni banyak dah jenis bottle yang ergonomic, macam mimijumi, avent, dr brown, macam-macam lah, cumanya tepuk poket sendirilah, kalau tebal isinya mampu boleh beli..





Trust your baby
Jangan terkejut kalau nanti bile dah hantar baby kepada babysitter,and bile kite bawak die balik rumah die tak nak minum guna bottle..Die dah bau badan mak die, so biarkan die dengan perangai die tu..Kite bagi je BF, jangan paksa die minum bottle and jangan sampai tak tido malam risau kalau-kalau esok die taknak guna bottle kat rumah pengasuh/taska..Baby memang macam tu, dah sampai rumah pengasuh/taska nanti, die pandai la bawak diri..Macam Alisya ni, kat umah die tak nak bottle feeding, nak menempek je kat mummy die ni..Tapi esok bile kite call babysitter tanya Alisya nak minum guna bottle tak, pengasuh kata ok je die..hehehe manje sungguh, so percayakan anak anda..:-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

carseat : how to train your baby

Mula-mula baru bersalin dulu, 3 minggu lepas bersalin, daddy Alisya dah excited nak belikan anaknye stroller & carseat (travelling system). Mula-mula kami macam nak beli online, tapi setelah difikir-fikir better pegi tengok, then baru beli. Kami beli kat AEON je, senang boleh tanya kalau tak reti nak pasang kan (malas baca buku manual).

Baby for the first 3 months memang sangat manja, sebab die masih lagi confius, ye lah sebelum ni die 9 bulan di alam rahim, dekat dengan denyut jantung ibu, so jangan tension atau stress kalau anak kite nak berdukung je time 3 bulan pertama ni, layankan je..Memang mencabar masa mula-mula nak train Alisya duduk dalam car seat, tapi kami start dari Alisya 2 bulan lagi, pegi mane-mane even dekat pun, dudukkan die dalam car seat..

So macam mana cara kami train Alisya duk dalam carseat?

Alisya yang dah lena dibuai mimpi dalam carseat

Mula Awal
Rajin-rajin kan diri untuk train seawal yang mungkin. Lagipun baby yang duduk dalam carseat adalah lebih selamat, berbanding baby yang dikendong semasa dalam kereta (orang dewasa pun kene pakai seatbelt kan). Pokok pangkalnya mak ayah jangan malas (malas ni maksudnye bile anak tu nangis tak nak duk dalam car seat, so give up, tak nak train dah), lagi satu jangan dengar sangat orang-orang sekeliling yang kata seksa baby kecik lagi dah duk dalam car seat, orang nak cakap, ape pun die boleh cakap, tapi yang menanggungnya kite, bile kite dengar tu yang jadi tak sampai hati, tapi nak buat macam mana, anak tetap kene jaga, keje tetap kene keje (of course la syarikat-syarikat pengeluar carseat ni dah kaji kesesuaian & keselamatan carseat ni kan)

Jaga Emosi Anak
Anak kite ni pun ade mase emosi die tak stabil, kadang-kadang mood die ok, kadang-kadang mood die tak ok. So bile kite letak anak kite dalam carseat, then die menangis, cepat-cepat keluarkan die then tenangkan. Kalau tengah drive tu, pandai-pandai la berhenti kat tepi jalan ke, dari kite memandu tapi mata dok tengok anak, lagi bahaya, baik berhenti tenangkan baby kite. Cari lah tempat yang selamat nak berhenti ye, jangan mengganggu lalu lintas.

Jaga Perut Anak
Make sure sebelum memulakan perjalanan, anak kite perutnya selesa, perutnya kenyang..Kalau die lapar yang selalunya menyebabkan die merengek/menangis.

Cuba Ubah Fokus Anak
Kalau anak-anak yang dah 2 bulan ke atas tu die dah pandai mengagah, so letak/gantung la soft toys dalam kereta kita, tapi jangan la sampai sendat tingkap, sampai menghalang pemanduan kita, nak tengok side mirror pun payah, tu dah bahaya. Alisya dalam kereta die akan menyembang dengan angry bird die, hehehe asalkan die selamat dah selesa, tak kacau mummy nak drive.

Alhamdulillah, sekarang Alisya dah pandai duduk dalam carseat, mula-mula die cari fokus die cari angry bird die..Sembang-sembang dengan angry bird die, bile dah selesa, syok..lama-lama die tido sendiri..Macam tulah rutin minggu mummy and Alisya ulang alik setiap minggu.Memang bukan mudah, tapi In Sha Allah tak mustahil..

rambut owh rambut

Lepas bersalin ni rambut ku semakin hari semakin memenuhi segenap ruang rumah..
jenuh mengutip rambut-rambut yang luruh..
Sape-sape ade petua nak atasi masalah ni, boleh la tolong cadangkan...

Antara Tips/Petua yang di jumpai :

1. Elakkan dari menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah 
Aku memang tak sikat rambut pun lepas mandi (dah amalkan sejak sekolah rendah, sebab seingatnya dulu baca URTV, Ella memang tak sikat rambut, rambut Ella kan cantik, so tiru la..:) ). Tapi sekarang, tak sikat pun gugur jugakk...huhu


2. Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dgn cermat 
Kena beli sikat baru la nampaknya..sikat gigi jarang-jarang..



3. Ambil makanan berkhasiat yang kaya dengan VITAMIN B, PROTIEN & ZAT BESI 
Rasanya aku consume sume cukup, sebab sume aku belasah makan, tak de yang aku tak makan, daging, ayam, telur, roti, sayur-sayuran..


4. Potong rambut lebih pendek supaya lebih mudah dijaga & diurus
Rasanya inilah last solutionnya, potong rambut pendek..macam Halle Berry ke, Victoria Beckham ke, keira knightley tu pun bagus gak, sexy gitu..hehehe

Anak Baik

Dah petang-petang ni rindu pulak kat Alisya mummy,
mesti dah siap mandi tu, golek-golek atas tilam kat taska menunggu mummy datang..Sabar ye sayang, pukul 5 nanti mummy terus balik, amik Alisya..

Semalam masa amik Alisya terharu sangat bila Kak Yati (pengurus taska) tu cakap, 
"Baik je Alisya ni, senang jaga die..kat rumah memang die baik ye.." 

Mummy senyum je la, then mummy jawab 
"A'ah memang senang jaga die kak, agaknye die tau mummy jaga die sorang on weekdays so die behave je.." 
then terus la babai2 kami pun pulang...

Alhamdulillah, lega sikit hati mummy bile orang dah bagi respond positif terhadap anak kita..Sekurang-kurangnya kita tau anak kita tak menyusahkan orang. Mummy selalu doa Alisya baik-baik aje kat taska, di jauhkan dari segala mara bahaya, sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Gambar Alisya semalam, lepas balik dari school, dapat toy baru, kawan mummy bagi.. :)

fever, cough & flu

Since dah ada anak ni, makin berjaga-jaga kalau anak demam, batuk & selsema..Sebab kalau dibiarkan takut jadi effects lain pulak nanti..Orang kate sharing is caring, so ni nak share sikit info yang dapat dari hasil bacaan tadi..


4 minggu

Assalamualaikum wbt semua pembaca, lama rasanya tak menulis..4 minggu pertama aku mula bekerja ni memang sangat mencabar..Minggu pertama agak lengang sebab aku just datang office prepare, refresh balik ape yang nak kene buat, and buah hati pengarang jantung aku, si kecil Alisya pun sihat je..

Tapi bila masuk hujung minggu ke 2 sampai lah ke hari ni, Alisya demam, dah kebah demam minggu ke-3 tapi batuk and selsema pulak..Sampai sekarang batuknya yang masih ade lagi, tapi makin beransur pulih..Aku pun dah berjangkit beberapa kali demam, lepas tu kebah, lepas tu ni semalam demam balik...Mungkin Yang Di Atas sedang menguji aku, moga aku sentiasa kuat & tabah..

Kerja di office memang lah tak kan habis, tapi yang datang bertimpa tu menyebabkan aku tak terkejar..Masuk minggu ke-3 dah mula minggu Audit Dalaman, kebetulan aku pulak Auditor, nak tak nak memang terlibat. Minggu lepas aku terpaksa import adik bongsu aku tinggal dengan aku sebab nak elak hantar Alisya ke taska, nak bagi selsema die ok, batuk je lah sekarang ni..

Minggu ni pulak minggu validasi, aku ada cerita yang aku mohon kenaikan pangkat, so kene jugaklah la prepare, files untuk dibawak divalidasi(interview) aku prepare siapkan jugak kat office sebab kalau aku bawak balik umah memang tak bersentuh. Tinggal nak menambah knowledge baca-baca ape yang patut, aku buat kat umah, walaupun tangan duk menepuk anak tido, tangan lagi sebelah pegang tisu lap hidung selsema meleleh, sambil-sambil tu baca jugak la ape-ape yang patut, masuk ke tak, paham ke tak ape yang aku baca lain cerita asalkan aku baca..;p

Alisya pulak bile batuk ni menyebabkan die senang muntah sebab die nak keluarkan kahak..jadi kerap la malam-malam terjaga, jadi memang tiada lagi tidur malam yang nyenyak, cuma semalam aku dapat tido nyenyak dari pukul 10 mlm - 4 pagi (aku pun tak tau aku nyenyak sebab pengsan kot, dah demam kan) pukul 4, aku tengok anak aku tengah isap jari kelaparan, aku susukan, lepas tu dah blerkkk  (kenyangkan die) aku baringkan die balik, die batuk pulak habis muntah kahak and susu semua, memang dugaan betul..malam memang worst lah batuk, aku yang dewasa ni pun time malam-malam la batuk tu nak kuat, sampai nak termuntah..

Aku pergi validasi semalam pun dalam keadaan tak sihat, aku dah tak fikir ape, orang lain beriya bertungkus lumus, tapi aku siap ape yang termampu je la..sampaikan panel tu pun bertanya pasal kesihatan aku..aku jawab biasa je, tak nak la die ingat aku meraih simpati pulak (tapi aku memang dah tak larat sangat sebenarnye). Alhamdulillah dah selesai validasi aku, dapat tak dapat belakang cerita. Kalau ada rezeki untuk anak aku, in sha Allah, Alhamdulillah, tunggu je la resultnye nanti...

Memang makin penat, lunch hour aku kene balik rumah nak buat keje-keje mengepam, kalau kat office memang tak tenang, students keluar masuk, tak tenang jadinye, nak tak nak menapak jugaklah naik ke tingkat 4 tu, lagipun masa ni je lah aku leh qada tido aku kejap walaupun 5 minit je, tapi aku gembira and tenang je tengok muka anak bile die tido, masa tu aku pulak yang sibuk duk cium mengacau die tido hehehe..

Tu je lah aku nak cite..hehehe saje nak menulis dari pendam sorang-sorang, selain aku dah selalu cite kat encik hubby aku kan..hehehe thanks jugak kat encik hubby yang slalu take over jaga Alisya time weekend bile mummy dah tido pengsan..;p Sekarang bising betul mulut die bersembang, hehehe

p/s : Alisya dah 100 hari 2/4/13 ari tu, mummy sentiasa doakan anak mummy sihat selalu, luv u sayang, muah3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme