Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

dapat sijil ini...nahhh!!!cepat pegi kahwin

okay declared myself as the certified person to get married..kui3..
kerana sijil ini sanggup bangun 5.30 pagi pada hari sabtu dan ahad...ok diulangi lagi SABTU dan AHAD...hari dimana kebanyakan penjawat awam sepatutnya masih berlanding2 dibuai mimpi indah...sanggup duduk berjam2 dengar ceramah demi sekeping sijil ni...

ade yang masuk tu masuk la, yang tak masuk tu nanti baca balik la buku ni...fuhhh bukan senang nak kahwen, banyak plak prosedurnye..baru dengar je pun da pening, belum hadapi lagi..hopefully leh hadapai dengan tenang nnt,amin...tang yang tak syok ialah part makan, kami diberi kupon rm 4 perday untuk makan di mana2 kedai yang tersenarai, dan yang pasti kedai2 tu bukan lah Tomy Roma ke, Ayam Penyet ke, Papa Grill ke...huhuhu tak banyak pun senarai nye, ade la 4/5 kedai kot...



1st day
kami pegi la salah 1 kedai makan yang tersenarai tu, halamak aiiii, punye la ramai orang..nak duk kat mane pun tak tau, open air kan, tengah hari pulak sah la panas...huhu kesian kami..makan je la, memang betul2 mengamalkan moto makan untuk hidup, memang makan je tanpa perasaan untuk kenyang..huhu saya perempuan mungkin boleh tahan dan sabar lagi bab makan ni, tapi kalau lelaki, makan adalah penting, jadi jangan buat mereka marah pasal makanan, nahas nanti..:(

2nd day
bayangkan kami makan tengah hari atau dalam bahasa ibunda kami 'lunch time' adalah pada pukul 4 petang..dan nama masa tu pun dah berubah menjadi petang...huhuhu pegi kursus elok, demi membentuk keluarga yang baik dari segi ajarannya..tapi aplikasinya betul ke? demi nak menghabiskan program mereka, pihak pengurusan sanggup teruskan sahaja sesi tanpa bagi kami masa untuk berehat, bersolat dan makan...kami ni dah layak kahwin ok, dan orang2 yang layak kahwin ni pastinya umur dan 18 tahun ke atas..jadi kaedah mengajar kami adalah kaedah andragogi..kaedah andragogi tu, paling boleh fokus pun 30 minit je...tak boleh bagi2 sumbat sume dalam otak tepu kami ni, tak efektif la...huhuhu petikan ayat pengajar "jangan sebab kahwin, awak tak solat pada hari majlis berlangsung" tapi realitinya, semasa kursus pun kami dilepaskan solat zuhur lewat..apa cerita ini?????

*kesimpulan : Alhamdulillah kerana tiada mangsa tekanan perasaan disepanjang kursus ini berlangsung, dan diharapkan pihak pengurusan kursus akan lebih menitik beratkan kebajikan para peserta kursus di masa akan datang..customer is always right ok, kene ingat tu, we come and we pay for it, so we deserve to receive a good service.

tapi ade juge manisnya...sang kekasih mendapat ini.....=) bertuah sungguh dia...

0 Response to "dapat sijil ini...nahhh!!!cepat pegi kahwin"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme