hadiah kahwen

da menjadi adat kita bagi hadiah kepada pengantin2 baru..adat ye jangan anggap sebagai tuntutan agama pule..

”Untuk menyerikan majlis perkahwinan, tetamu jemputan umumnya dan sanak saudara pengantin khususnya, sudah teradat untuk menghulur hadiah kepada pengantin dan keluarganya. Selain apa yang sudah disebut sebelum ini, ada juga tuan rumah/pengantin telah memberitahu awal-awal lagi barangan yang mereka perlukan daripada yang kecil seperti sudu dan garfu hinggalah tuala, cadar, pembakar roti, ketuhar gelombang mikro hinggalah mesin basuh.” (Fatimah Abdullah, PhD (n.d) Dari Halaman Rumah ke Dewan Merak Kayangan: Upacara Perkahwinan Melayu Bandar, UKM Bangi);

jadi misi hari ni bersama keroro adalah mencari hadiah kepada 2 orang bakal pengantin..cari2 punye cari dah dapat pun ape yang dicari..hehehe boleh la sebagai tanda ingatan kepada diorang kan, harga tak penting yang penting ikhlas..okay misi da selesai...

sampai je rumah terus membalut hadiah2 tu depan ibunda tercinta, hehehe sebab nak mintak skit pembalut hadiah die yang da banyak sangat..(T_T) sambil2 membalut tu, ibunda pun bercerita, ~mama memang suke bercerita ;p "orang baru kahwin ni, kalau ikut zaman dulu, die akan mulakan semuanya, macam orang baru nak hidup, macam2 nak kene prepare, so kite ni keluarga, kawan2, sedara2, tolong mane yang mampu, tu la jadinye ade adat bagi hadiah ni..konon2 nak menolong si pengantin memulakan hidup..sebab tu hadiah pun ala2 barang rumah, xde la orang bagi hadiah alat makeup ke, kasut gucci ke..ahahaha"

tak abes lagi ibunda bercerita..."pengantin dulu2 lepas majlis kenduri, esoknya ke die akan bawak isterinye ke rumah sedare2/jiran2...memperkenalkan isteri, tuan rumah yang dilawat tu biase akan beri la adiah (kain batik/pelikat ke, duit ke ~tapi ni bukan mintak sedekah tau..hahaha ni sama tujuannya utk bantu si pengantin baru memulakan hidup)ok...siapp!!!!sambil dengar cite misi membalut pun selesai...;)

lepas kahwin banyak duit nak pakai ~pesan manusia matang..


MUSIM KENDURI KAHWIN SUDAH BERMULA...YIHHAAAA!!!!

2 Response to "hadiah kahwen"

  1. owh...camtuh erk...tp skrang buat loan jer...semua dah ready...kero3..

    hehehe, nasib le..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme