I forgive him, but I don't forget forever
4:18 PM
(^_-)V
, Posted in
~dunia peace~
,
0 Comments
petikan dari email yang diterima dalam group :
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan warga SIM. semoga semuanya sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah yang Esa.
Ketika membaca email dan memberikan komen suami yang ego, saya menerima satu email peribadi yang bercerita tentang ego seorang suami dengan panjang lebar. Email yg membuatkan saya menitis airmata dan pengirim email ini mahu berkongsi ceritanya dengan sahabat2 dan warga SIM. Email ini saya olahkan dengan ayat-ayat saya semula.
"Dr Fauziah, apabila kita meminta pendapat tentang masalah yg kita hadapi orang selalu berkata kepada kita sabarlah, walhal mereka belum tahu cerita sebenar di sebalik air mata kita. Hari ini saya paling benci mendengar kalimah sabar kerana kerana kesabaran itu lah membuatkan saya menjadi isteri yg mungkin paling malang sebenarnya.
Dr Fauziah percaya tak, kalau saya katakan setiap kali saya mendengar org berkata semoga berbahagia hingga ke syurga, airmata saya menitis. Kenapa? Sebab saya adalah isteri yang berkata dan berdoa, "Ya Allah, tolonglah daku tidak mahu lagi bersama dengan suamiku di akhirat kelak, Syurga atau neraka adalah hakMu ya Allah, tetapi aku mohon, aku tidak mahu bersamanya lagi ya Allah." Tentu ada yg kata isteri durhaka ni, isteri yg bakal masuk api neraka ni. Tapi saya mohon Dr baca email ini hingga ayat yg terakhir. Lepas ini saya tak akan mengganggu Dr lagi. Saya faham Dr sibuk.
Saya bernikah dgn suami saya atas dasar suka sama suka dan dengan restu keluarga kedua belah pihak. Sebelum bernikah, saya bersolat istikharah, bersolat hajat dan meonta pendapat org yang lebih tua. keluarganya nampak lebih jaih baik amalan agama berbanding keluarga saya. Saya yakin itulah jodoh saya dunia dan akhirat. semuanya baik hinggalah saya dinaikkan pangkat walaupun kami bekerja di dalam bidang yang sama. Sejak kenaikan pangkat semuanya berubah, mendadak dan seperti mimpi ngeri di dalam hidup saya. Saya menyangkakan suami saya dan keluarganya tumpang bangga dengan kejayaan saya, tetapi sebaliknya berlaku. mereka sekeluarga tidak mahu lagi bertandang ke rumah kami dan ada jiran mereka rupanya memberitahu, ibu mertua saya menghebohkan satu kampung menantunya telah berubah sombong kerana naik pangkat. semuanya saya telan dan sabar. kalau sombong kenapa setiap kali balik kampung saya yg akan mengajak suami menziarahi saudara maranya yang tinggal di pedalaman kampung.saya tidak kekok duduk bersila di atas tikar mengkuang, mengharung tanah berlumpur hanya kerana ingin melawat saudara maranya.
thn ke 4 pernikahan, saya mempunyai duo org anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Setiap hari balik kerja suami akan terus tidur selepas makan malam, membiarkan saya dan anak2 yg masih kecil di bawah. satu malam suara saya agak kuat melarang anak pertama membuka dan menutup pintu peti ais. Adiknya pula menangis minta disusukan. Saya di balik air waktu itu sedang membasuh kain lampin anak. Tiba-tiba dia meluru dari atas dan menampar saya sambil berkata," tak reti cakap elok-elok dengan anak ke?: bayangkanlah Dr, bagaimana kuatnya penampar seorang lelaki yg tingginya hampir 6 kaki. Saya ibu kandung anak-anak saya, bukan ibu tiri mereka. kalau ibu tiri pun tak salah kalau setakat memarahi anak, jangan main peti ais tu. Saat itu sudah ada satu gores luka di hati saya Dr. Saya diamkan tidak pernah mengadu kepada ibubapa atau adik beradik saya. Juga tidak pernah mengadu kpd keluarganya. dalam tempoh 7 tahun bernikah saya dipukul sebanyak 4 kali.semuanya di muka dan di kepala. pernah sekali kerana terhantuk masa ditumbuk, saya terpaksa ke klinik mendapatkan rawatan. Tapi saya cuma memberitahu saya terjatuh bilik air kepada doktor yg merawat.
thn ke 8 pernikahan, kemuncak kepada penderaan fizikal. Saya baru lepas bersalin anak ke tiga, dan pagi tu saya meminta dia dan anak2 tolong perlahankan sikit suara bermain di luar rumah kerana hari masih pukul 7. Bimbang kalau2 ada jiran yang ingin tidur di padi minggu. Dia meluru masuk dan menumbuk muka saya hingga pecah cermin mata yg saya pakai. Cermin mata yg pecah tertoreh atas mata saya hingga terpaksa dijahit 7 jarum. darah mengalir penuh di atas lantai dan di baju saya. Disebabkan cermin mata pecah saya terpaksa memanggil teksi ke hos[ital sebab saya tidak boleh memandu sendiri tanpa kacamata. Boleh dr bayangkan, selepas menumbuk saya dia terus naik tidur di atas seperti tidak ada apa yg berlaku.
Dan bayangkanlah..malam itu dalam keadaan mata masih berbalut dia meminta saya melayan dia sebagai suami. saya tetap mengikut kehendak dia, tetapi saat itu hati saya sudah tidak ada rasa kasih kepada dia.semuanya hancur berkecai. Dan akhirnya saya meminta di berjanji, "kalau abang pukul saya sekali lagi tanpa sebab munasabah, akan jatuh talak 3." Entah dari mana datangnya idea itu saya pun tidak tahu, tapi dia bersetuju dan sejak 1999 saya terselamat dari penderaan fizikal. Dan hingga sekarang keluarga saya tidak pernah tahu bagaimana saya mendapat parut di atas mata.Setiap kali dia hendak mengankat tangannya dia terhenti mungkin kerana ingatkan lafaz takliq tersebut.
Kenapa saya tidak mahu bersamanya di akhirat walaupun dia telah berhenti memukul saya? Dia pernah memaki saya dengan ayat, "menikah dengan awak ni hanya menyusahkan saja. tak senang2 pun. nak pergi mekah pun tak dapat." Saya menyusahkan dia? Bila dan bagaimana saya susahkan dia?
Dr tahu tak, 23 bernikah dengan dia, mengandungkan 7 orang anak...dia tidak pernah membawa saya ke klinik utk berjumpa doktor atau membuat pemeriksaan. Dia cuma menghantar saya ke hospital pada hari saya hendak bersalin. lepas hantar dia terus balik tidur di rumah....di mana saya menyusahkan dia Dr? Hanya masa anak bongsu dilahirkan saya minta dia menunggu kerana saya dah bertekad tidak mahu lagi melahirkan anak utk dia. saya bukan kilang kereta, kereta disayangi tetapi kilangnya dibenci dan dicaci.
Memang pangkat saya tinggi daripada dia, dan saya tidak pernah pun meminta duit daripada dia. setiap bulan selama 23 tahun bernikah ini dia hanya memberikan RM300 kepada saya. RM300 dari awal perkahwinan hingga anak-anak besar. takaful anak, rawatan anak2, simpanan anak, handfon anak2, yuran anak ke universiti semuanya saya tanggung dan dia hanya menolong serba sedikit.padahal beza gaji kami hanya seribu saja. Kereta saya bayar sendiri, makan pakai semuanya duit sendiri. duit belanja anak2 semua duit saya. di mana susahnya dia Dr?
.
Semasa saya di dalam pantang bersalin anak ketiga, dia mengambil satu kursus jangka pendek. dalam keaadan berpantang, dia melonggokkan semua bahan2 utk kertas projeknya dan menyuruh saya taipkan. dalm keadan berpantang saya menaip 120 muka surat. Bayangkanlah peritnya...
Thn 2003, saya meminta duit yuran anak, hanya utk seorang anak saja.Tapi dia membalas dengan kata2, "tak habis-habis minta duit, berambuslah." dan sekali saya bertanya dia, adakah awak halau ni dgn niat bercerai? jawabnya , tidak. Saya kemudian berkata, kalau ingin halau saya sekali lagi pastikan abg ceraikan saya dulu dengan tiga talak.sebab kalau saya dah keluar saya tak akan patah balik lagi ke rumah ini. Saya tak akan ambil harta apa pun.saya cuma mahukan semua anak-anak saya. di suruh bernikah lain, dia menolak dengan alasan buat cari masalah.awak dah cukup segala-galanya.
Tahun 2007 dia dinaikkan pangkat dan diberi hadiah percuma menunaikan haji. Thn 2008 dia dihantar ke England utk mengikuti kursus selama 3 bulan, Tahun 2009 di dihantar pula ke Jordan selama 3 bulan. Dan isteri yang menyusahkan dia inilah yang menjaga anak-anak tanpa bantuan sesiapa pun kecuali Allah. Di mana saya menyusahkan dia Dr.
Setiap kali ingin membawa anak2 bercuti (cuma dalam negeri), saya lah yang membelikan semua tiket termasuk utk dia. Paling menyedihkan pernah sekali, saya dan anak2 ke Sabah menaiki Airasia, tapi dia menaiki MAS dengan alasan dia ada voucher utk digunakan. Di mana saya susahkan dia Dr?
kalau bab dalam bilik tidur, tak pelrlu saya ceritaklan. yang ingin saya katakan 23 thn bernikah dgn dia, dia tidak pernah mengucup dahi atau pipi saya. Tak pernah dapat tidur di atas klengan dia. Kalau dia ada perempuan lain saya tak kisah.Tapi perempuan inilah satu-satunya perempuan dalam hidup dia konon. saya diminta memberikan layanan First class utk dia di kamar tidur, tetapi utk saya class apa saya pun tak tahu Dr.
Saya dah penat Dr,,,,baru2 ni saya beritahu dia saya sudah tidak ikhlas melayan dia, tolonglah jangan paksa saya. Berikan saya sedikit masa utk berseorangan dan hidup dengan anak-anak saja. Dan dia mencabar saya, kalau dah tak puas hati pergilah kemahkamah. Kalau diikutkan hati saya nak pergi Dr...nak failkan fasakh, nak failkan apa saja asalkan saya boleh jadi ibu tunggal. Saya dah lama hidup macam ibu tunggal. Saya dah penat Dr. Anak2 saya pun kata, terpulanglah kepada mama. Buatlah apa yang Mama yakin betul. Berbaloi rupanya saya bersabar hingga anak2 faham deritanya seorang ibu bersuami lelaki ego.
Tapi atas berkat nasihat seorang ustaz yg amat saya hormati, walaupun dia terkejut mendengar derita saya, dia cuma berpesan, "teruskan berzikir dan bermunajat anakku. Biar Allah yang tentukan bagaimana penghujung derita kamu.Yang penting jangan derhaka kepada Allah. teruskan bersabar selagi kamu mampu." dan saya beritahu ustaz itu saya bukan malaikat ustaz, saya ada hati dan perasaan ingin dicintai oleh lelaki yg lebih baik.saya takut kesabaran saya menjadi dosa.
Agaknya berkat doa seorang ustaz yg amat warak, suami saya seperti mendapat petunjuk.Sudah mahu menemankan anak-anak menonton tv atau membuat kerja sekolah. Tetapi layanan di kamar tidur tetap macam dulu.Kerja rumah dari atas ke bawah, bilik air ke garaj kereta semuanya tetap kerja saya. Saya pun dah bertekad, "syukurlah kalau kamu berubah suamiku. tetapi maafkan saya. Saya tetap tidak mahu bersama kamu di akhirat kelak. kerana hati saya tidak ikhlas lagi utk menerima kamu seperti mana saat aku menerima kamu sebagai suami. Sama ada saya akan ke nearaka atau ke syurga itu adalah hak Allah utk menilai. Saya redha dan tak akan bersungut kepada Allah apa-apa pun. sampai sekarang kelaurga saya tidak pernah tahu apa yg saya lalui.hanya kepada rakan2 baik saya beritahu utk mencari kekuatan dan sedikit nasihat.
Saya tidak pernah mendoakan keburukan utk dia Dr, setiap kali solat saya terus berdoa yg baik2 utk dia dan keluarga dia. utk keluaga saya dan anak2 saya. Doa utk saya hanya satu, " Ya Allah, izinkanlah daku merasa satu hari hidup sebagai isteri di samping suami yang amat mengasihi daku.
dr tahu apa impian saya, ingin bangun pagi bersolat subuh bersama suami. ingin rasa dipeluk erat dan dikucup dahi oleh dia sebelum dia pergi kerja. bukan saya saja yang mengucup tangannya. Ingin sangat nak tidur di atas lengannya semalaman tanpa hubungan seks. ingin sangat rasa tidur di ribanya. itu saja Dr. Dan saya bertahan sampai saat ini kerana setiap kali datang perasaan benci, saya terus cuba mengingatkan kebaikannya yg ada, walaupun amat sedikit. saya akan terus memohon daripada Allah. namun utk meminta cerai, tidak sekali.
soalan saya utk dr, saya ni terlalu baik atau terlalu bodoh Dr? tolong jawab soalan saya nanti.
Kepada semua wanita di luar sana, adakah anda sudah cukup kuat diuji hingga terlalu mudah meminta cerai? adakah hanya dengan berjaya menundukkan suami daripada berpoligami anda rasa anda sudah jadi isteri yang hebat? tepuk dada tanya iman. Ya Allah.....
Wassalam
Dr fauziah
renung-renungkan...
p/s : kalau penah tengok cite heartbreakers, korang ingat tak dialogue Jennifer Love Hewitt, i still remember sampai sekarang "there's only one man in the world.." lebey kurang macam tu la..wording tu selalu bermain2 dalam fikiran dan memang betul, orang perempuan ni kalau da itu suami mu, that's it, dia lah imam kita hopefully sampai akhirnya, so don't disappointing us..
renung-renungkan...
p/s : kalau penah tengok cite heartbreakers, korang ingat tak dialogue Jennifer Love Hewitt, i still remember sampai sekarang "there's only one man in the world.." lebey kurang macam tu la..wording tu selalu bermain2 dalam fikiran dan memang betul, orang perempuan ni kalau da itu suami mu, that's it, dia lah imam kita hopefully sampai akhirnya, so don't disappointing us..
0 Response to "I forgive him, but I don't forget forever"
Post a Comment