Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

adi & ana ~bride's side reception 271111

271111

10.30 pagi 
hantar pengantin ke boutique untuk di 'make up' kan

11.30 pagi
bersiap untuk check-out dari hotel..
hasil bunga telur buat kat hotel..

12.15 tgh
~majlis bermula~

perarakan pengantin...disambut dengan paluan kompang dan lagu2 jawa[sedap pulak dengar pakcik2 ni nyanyi]


sanding tengah panas dulu, tengok orang bersilat..

sanding atas pelamin, dan sesi renjis-renjis..ehem3[kakak pengantin baru first time merenjis, hahaha]

 sesi menjamu selera & bergambar


bersurai dan singgah ke rumah paman awa [pak cik saya] untuk discuss lagi pasal groom's side punye preparation pulak..huhuhu, 
sampai rumah x ingat pukul berapa tapi masa tu Malaysia baru je masukkan gol ke-2 , 
tengok2 kalah pulak dengan Bahrain 3-2, aisehhh....

adi & ana ~solemnization 261111


9.00 pagi 
tempat berkumpul ; rumah embah, semua yang akan berangkat di jangka lebih kurang 5 buah kereta, tapi ada baru 3 kereta...menanti lagi 2 kereta...


10.30 pagi
selesai doa selamat, then perjalanan baru nak bermula...

12.00 tgh
pit stop yang pertama, exit tol shah alam, rehat makan2, then bakal pengantin salin baju..




1.00 ptg
bertolak ke masjid untuk majlis akad nikah..


1.20 ptg
sampai di Masjid At-Taqwa...ada 5 pasangan yang akan dinikahkan..phewwww, ramai tu, nasib ada 2 naib qadi..so pecah 2 group, adikku termasuk group yang ada 3 pasangan, dia pasangan ke-2 yang akan dinikahkan, debar2..=)


adikku yang ditengah ~muka neves je..;p

2.30 ptg 
sesi bergambar apa yang patut then berangkat ke rumah pihak pengantin perempuan, sesi menjamu selera..



4.00 ptg
check-in hotel 



malam 
aktiviti bebas...hehehe, pengantin ade majlis potong kek, tapi me and husband x join, kami pergi shah alam, amik surat BEM husband then jumpe kengkawan...

habis agenda untuk 26/11/2011..
Alhamdulillah majlis selesai dengan selamat.. 

the solemnization & reception (adi & ana)




My bro[center]

Last week our family had another big event;my bro solemnization and the bride's side reception at Klang,I'll update later the flow of event at klang..
Published with Blogger-droid v1.7.4

my kad kahwin revolution

masa mula2 nak buat kad kahwin tu, hanya nak serah semua kat wedding planner je, tinggal nak sediakan map je, 
tapi konon2 lah kan, 
kononnye nak design sendiri la pulak, hahaha 
macam la berbakat sangat design mendesign ni, 

so hasil PERTAMA design kad kahwin adalah seperti di bawah ni, kui3, 
simple sangat kan..

Then tanya pendapat adikku, 

die ubah sume design asal tu, hahahaha 
die hantar beberapa design baru yang die tolong design untuk di pilih mane yang berkenan

 yang 1st : x berkenan sebab nampak crowded

yang 2nd : macam girlish+vintage+crowded sangat lagipun x merahkan, x ikut tema..

Yang 3rd : ok berkenan, so pilih yang ni, tapi mintak die tukar jadikan background color tu merah... =)
so macam ni lah hasilnya.....
 once da letak peta, terasa macam alahai ciput nye, takut nanti jemputan x nampak pulak peta tu...so kene ubah lagi, sekarang mesti jadikan map tu 1 page, hasilnya.....






























TADAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 p/s : simple dan mudah, x payah membazir kan, yang penting maklumat jemputan sampai

fresh from oven!!

finally gambar siap lepas 3 weeks of wedding and video almost 2 months baru siap huhu, 
so here are the part of the result, sikit2 je la yang di collagekan for custom album tu and video tu just yang montaj je, kalau nak upload full video dengan khutbah nikah, majlis doa selamat, uacapan keluarga sume tu nak tunjuk jenuh la nak upload kat sini berjam2, hehe tapi if berkesempatan+rajin akan di upload ucapan2 keluarga tu, hihi kelakar&terharu bila tengok =)




~sengaja dikaburkan atas dasar netiquette and security purpose~

perihal rumah

dialog pagi tadi
A : ko da isi borang online ke?
me : owh kene isi eh?ari tu masa aku antar documents kat lawyer die x cakap ape2 plak..
A : eh, kene isi la...mulai ogos ari tu kalau nak apply loan rumah kene isi online...
me : owh, jap nak tanye lawyer..[terus sms lawyer tu, bukan tak nak call tapi kalau call, encik lawyer tu tengah drive la, so malas nak kacau, sms je senang]

dialog dalam sms
me : Assalam, apply loan gov ni sy nak kene isi online form jugak ke?
lawyer : kalau isi online kene print then hantar jugak
me : [blurr kejap] so sy kene isi ke tak?
lawyer : tak perlu..

tapi aku tak puas hati, ye la mane la tau kan, tak salah kalau nak dapatkan confirmation, so terus google segala related info,  lepas baca website cikgudahlia.com berkaitan hal permohonan pinjaman perumahan on-line ni baru la lega sikit..huhu 

seriously when it comes to hal2 pembelian rumah ni, sy menjadi agak blur, ye la beli rumah bukan macam beli baju, amik yang mane berkenan bayar kat counter, beli rumah ni banyak prosedur nak kene ikut..huhuhu tambah blur bila ade tukang sibuk, lagi mengkalutkan keadaan, huhuhu

this is Malaysian Boy!!


I'm proud to be Malaysian

congrats to Harimau Muda!!!

cuti umum wehh!!!

hahaha siap tulis kat stick note ~nampak beno tak sabo nak cuti






petang2 macam ni, mula la kan, nak kasi rehat otak sat, 
sambil2 tu teringat, tak lama lagi da nak 2012, so meng'google' la tarikh2 cuti umum for next year, hik2...
banyak cuti umum on Tuesday, 
so untuk orang yang ber pjj ni, memang isnin tu cuti je la jawabnye..hehehe
setelah di kira-kira, dalam 13 hari jugak cuti yang bakal di ambil...
so ade balance lagi 17 hari tu kite simpan la, kot2 ade emergency ke kan..=)




semua pun ada lah dalam family ko

situasi A

me : hmm...lama tak nampak encik man, lepas wife die meninggal tu kan...
suspect : kemurungan kot, macam pak cik aku, lepas wife die meninggal dia pun kawin lain, ye lah kitorang kesian juga kat die dok sorang2....

situasi B
me : muka player bola ni macam da tua je, x macam 23 tahun pun...
suspect : dulu aku pegi masuk perkampungan orang asli, aku tengok muka diorang memang matured, memang tak nampak muda.

situasi C
suspect : owh australia, bila ko pegi ni?
me : owh aku x gi pun, tu pak cik aku bagi mase die balik dari australia dulu...
suspect : tu la mak cik aku ngan family die stay kat us tu, lama da tak contact.

situasi D
me : aku x pegi kot this week, nak antar adik aku gi training menembak
suspect : tu la kan, budak skrg ni bagus bagi diorang aktif, anak sedara aku pun masuk taekwondo, dah sampai peringkat negeri da tu...

dan banyak lagi situasi.................

ENOUGH!!!!!!!!!!!!!!!!!

source : weheartit.com

bingit la teliga dengar minah ni cakap, diam je la..!!!!!!!
sume sy cakap die nak bagitau contoh lain, 
x blaja communication skill ke haaa??????????!!!!!!!!!!!!!

korang penah tak ade kawan macam ni, 
bila korang dok sembang pasal hal lain,
 die mesti nak kaitkan dengan diri die, haddooiiii, 
satu dua hari bley tahan lagi, 
tp kalau da 4 5 tahun asyik dengar benda sama, 
berasap beb..

i scream for magnum!!

Sebelum ni,asal tgk iklan je,air liur ni da mcm nak meleleh je,slrrrpppp...pegi kedai2 jenguk2 peti eskrem kot2 ade,tp keciwa..tp hasil jengukan hari ni berjaya,finally jumpe jugak, sume flavor di beli,hahaha Alhamdulillah,dapat merasa..
Published with Blogger-droid v1.7.4

busy to the max!!

3 bundle of papers to be marked,total of all scripts is 118,huehuehue tido dgn paper,makan dgn paper,tgk tv pun dgn paper,tangan da lenguh,badan da penat,pinggang da sakit,hmmmph..sabar2..new year please come faster i nak apply cuti lama la,hihi..
Published with Blogger-droid v1.7.4

SPM candidates : all the best yaww!!!


hopefully my adik didik, shiefa ni can do her best, escpecially in maths & +maths..


p/s : terpaksa stop kan tusyen since lepas puasa ari tu, sebab busy++++ prepare nak kahwen ari tu, 
sampaikan die nak extra class before SPM pun x sempat nak buat..huuhuu

taken off my braces

hehehe nervous gak nak take off braces ni, sakit ke tak eh????
padahal lambat lagi kot, ade lagi 1 appointment for this months and next month Insyaallah da bley free from this gigi besi, hehehe 
jejari da mula gatal meng"GOOGLE" any info yang berkaitan and terjumpa kat Yahoo!!! Answer
agak lega lepas bace...fuhhh, hopefully betul la comments yang diberikan tu... =)

cuba letak skit gambar lelaki pakai braces, bagi semangat skit..hihihi

redza minhat [start kenal lepas tengok pisau cukur] 
actor+investment predictor+blogger+jejaka braces..=) 

8 must have apps in my android



1. ExpensesManager
So far, lepas da download beberapa apps yang berkaitan untuk rekod daily expenses, Expenses Manager yang saya paling suka, senang  nak rekod beli apa, berapa ringgit, then dia akan deduct dari gaji bulanan kita, so kita akan tau la balance duit kita bulan tu tinggal berapa hengget..
at least tak la kita tersasar jauh, dulu-dulu before tak de android, apply kat excel biasa je, lecehla sket tiap2 malam kene bukak excel kat lappy untuk rekod expenses, sekarang lepas bayar terus rekod, senang...
memang da amalkan since mula-mula kerja dulu, kalau x rekod rase x secure duit tu macam tak tau ke mana..kui3, dasar kaki shopping memang macam ni.


2. MySolat
Apps ni, bertujuan untuk bagitau pukul berapa waktu solat di kawasan kita, senang lah sikit kan, tak de la teragak-agak dah masuk waktu ke belum. Useful, bila kita travel atau pegi tempat2 yang jauh/susah nak dengar azan.


3. iQuran
Al-Quran beserta terjemahan, mudah nak baca Al-Quran, kat mane-mane je. 



4. WomanLog
Apps yang sangat sesuai untuk kaum wanita, boleh rekod semua yang berkaitan dengan hal-hal dalaman wanita. Da cuba installed yang lain-lain, tapi tak berapa sesuai, ada yang macam terlampau gadis remaja sangat, bila dah tahap umur macam ni, banyak yang nak direkod, body temp, mood, dan lain2 hal bulanan dan harian yang kita buat, kui3 WomanLog ni, professional skit, ok la untuk golongan wanita dewasa.



5. Slice It
Game yang sangat bagus nak menguji mathematics ability =)



6. AngryBirds
Installed semua version, hahahaha



7. Pulse
boleh letak semua website yang kita selalu tengok, fb, twitter, news, blog, so senang, tak yah da susah nak browse satu2.
8. Bloggerdroid
Di guna pakai untuk update blog =)

rumah owhh rumah..

bila dah sampai umur macam ni, kita mula plan untuk naik satu-satu anak tangga kehidupan, sekarang kami suami isteri mula merancang untuk naik satu lagi anak tangga..memiliki rumah...


ye lah, betul juga kata orang, tak rugi beli rumah, makin lama harga rumah makin naik, jadi kami pun mula berkira-kira untuk buat pelaburan dengan membeli rumah, kami tak nak rumah yang besar, sekadar selesa dan mampu bayar tiap-tiap bulan pun da okay kan..

at least, bila kami balik beraya atau bercuti nanti adalah tempat persinggahan, tempat nak lepak-lepak, tampat nak basuh kain anak-anak yang mungkin belambak, sementara x de anak ni pun da terasa kain berdua ni pun da melambak, naik segan ngan mak sendiri n mak mertua, ye lah kadang-kadang kita tinggalkan pegi kerja tiba-tiba sampai umah tengok kain tu dah siap basuh, aishhhh malu nye rase...

nak bagi anak-anak selesa kan, ye lah, umur dah macam ni orang kata sedang-sedang elok la tu nak beli rumah..kami pun pikir, bila dah pencen nanti memang nak balik bermastautin di tempat kelahiran ni..

duit gaji tiap-tiap bulan habis tak nampak ke mana, so pelaburan ke atas rumah mungkin yang terbaik buat masa ni..jadi bila dah dalam otak ni ligat dok pikir pasal rumah, tangan pun laju je menaip nak cari info pasal tips yang berguna cara nak beli rumah. 

antara tempat yang selalu dikunjung adalah di FORUM KOMUNITI RESCOM [terbaca dari fb one of my schoolmate yang memang ejen hartanah].bagus juga forum ni, banyak info yang boleh didapati dari ejen-ejen hartanah ni. 

p/s : esok nak pegi jumpa lawyer, wahh nervousnye...

S.M.I.L.E


the first 4 words that i've found : 
1. COMPASS
2. PATIENT
3. PEACE
4. HONEST

hehehehe, yang 2, 3 and 4 tu paham la, tapi compass tu maksudnye ape????hahahaha
mencari macam mana nak success kot...hihihi

wedding doorgift

entry yang suam-suam je ni, tengok gambar kahwin baru teringat nak tulis entry....

my wedding doorgift, 
bahulu pecah 8 from rozibakery and bunga telur from xinloong trendy sdn bhd
motif utama untuk doorgift ni, 
tak nak susahkan sedara mara dan kaum kerabat, lagipun dah tau diri ni busy ya amat, tak de masa nak buat hiasan2 renyah ni, 
so come the final solution,
beli bahulu yang da memang siap berkotak, then bunga telur tu, just nak isi telur kan, senang...hihi

tak payah bersusah-payah kerah tenaga kaum kerabat kan, 
ye la kita buat majlis bukan nak susahkan orang, kita buat majlis nak bagi orang gembira dapat berjumpa sedara mara, kawan-kawan. 


segala hiasan berkaitan pasu2, sapu tangan tu memang awal2 tolak tepi tak termasuk dalam list, buat semak je, x leh nak guna pun bila jemputan dapat.


so rasenye motif tu tercapai kot..=) legaa, Alhamdulillah..

samsung samseng

bila suami obses pasal handphone, he knows what's best for his wife, so serah kat dia, handphone ape yang takat nak pakai guna basic je[sms + call], handphone ape yang untuk 3G sampai lebam, handphone ape yang battery tahan, handphone ape yang boleh store sume macam diary bergerak...so dua2 ni adalah hasil pemberiannya kepada isteri, hehehe introducing my


 "Tabby + Corby" 

tabby ku - dah macam diary bergerak, main internet sampai lebam, store expenses, store 'diary wanita', dan macam2 lagi..
corby ku - 2nd handphone purposely, setakat untuk urusan students, and working matters, jawab call + sms and kalau ada wifi bley la surf tenet..


p/s : tapi tak leh celen handphone dia, lagi canggih woo...suamiku suamiku, hahaha..

kisah budak zaman sekarang

baca tak harian metro hari ni???? "Rahsia Anak Dara"

nauzubillahiminzalik...
urut dahi baca kisah-kisah anak bangsa hari ni....
tu belum yang yang berlaku depan mata kita sehari-hari :

1. tak solat [tak malu nak mengaku dengan kita]
2. makan makanan yang disediakan untuk orang lain [tanpa rasa bersalah walaupun kita da cakap, awak makan hak orang lain, tau tak halal haramnya..]


macam mana nak solvekan perkara yang paling 'basic' ni ye???
masalah utama yang saya nampak, diorang ni tak takut pada Yang Atas tu...
kalau rosak anak bangsa ni, rosak la negara kita, rosak la masyarakat kita masa akan datang..=(

seluar terdesak

Lepas solat hari raya qurban:
Sesi mengemas baju nak bawak balik kampung
Baju suami - [/]
Seluar suami - [/]
Baju isteri - [/]
Seluar isteri - [jap lagi la,nak tukar dgn sejadah yang bawak pegi solat raya tadi,. .]

Siap2 semua ready to balik kampung, boleh main bergambar raya lagi sementara tunggu semua siap. .

Sampai kampung:
Sampai kampung, bersenang-senang lagi..
tapi lepas je mandi, "b,i x bwk jeans eh?" suamiku pun balas,"haaa. .aiyokkk,x tau..(sambil da sengih2 nak gelakkan kite le tu ;p)" lepas tu kite nak pretend macam ok lagi teus balas,"ala,esok pakai je la suar track ni", sambil buat muka blagak nak tahan kene gelak dgn suami,hahaha

Lepas 5 min..
"b, jum la kite gi bli seluar. .", nak pujuk ajak encik suami keluar hahahhaa sambung lagi, "mane tau nanti seluar i ni kotor ke,x leh pakai da esok,lagi pun u nak bli panadol kan.."hahaha buat ayat manja, suami da gelak besar da masa tu, hahaha adehhhhh. .

tu la pengajarannye lain kali jangan bertangguh time packing beg,last2 lupa..

Suami yang baik hati tu pun bawak la isteri die ni gi bli seluar, sambil drive sambil gelakkan isteri die ni,hahahahaha,x pe la i kasi u can. .

Tu la kisah macam mana boleh terbeli jeans ber 'price tag' kat atas tu, kui3 mahal wooo,l&v jeans lagi,kui3
Published with Blogger-droid v1.7.4

Salam AIDILADHA

Belum terlewat rasenye nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam,and happy birthday juge utk saye [untunglaaa lahir 10zulhijah senang nak igt utk version calendar Islam,kalau x payah gak nak mengingat,kui3]
p/s:cuppies diatas ditempah dr my fren,'nushie bakery' haha sesuka hati je bg nama,1 utk family senfiri,1 utk family mertua..
Published with Blogger-droid v1.7.4

part time gamer during lunch time

lepas da boring main ANGRY BIRDS
meh kita cuba main FRUIT SLICE pulak :

bila dah lenguh tangan memegang gadget gabak ni,
cuba-cuba nak download FRUIT NINJA FOR PC version, hehehe

p/s : kesan tinggal sensorang kat opis..;p

nukilan teman

Kisah hari pertama jadi murid Tahun 1 :
walaupun masih blur apa tu nervous untuk budak yang berumur belum pun cukup 7 tahun, tapi tak di nafikan mesti tetap rase takut nak masuk sekolah baru, ye lah kalau tak takkan lah, ada budak yang menangis hari pertama mendaftarkan...
tapi saya tak nangis, tengok ayah saya ada kat luar kelas, ohh ok..saya akan selamat dalam kelas ni, hehehe
Hari pertama tu saya dapat kawan baru, sama macam saya, pakai gaun biru, saya pakai cekak, die pun pakai cekak....saya tengok die, die pun tengok saya, lepas tu cikgu suruh kami semua beratur sebab cikgu nak bawak pegi kelas muzik..
tiba-tiba kami terus senyum satu sama lain, dan pegang tangan beratur, yeayyy saya da ada kawan baru...=)

Macam tu lah kisah macam mana 1st time saya kenal insan yang menulis artikel di bawah ni :

DALAM MEMORI.
Kerana Sejenis Sel, Hidupku Berubah. “Kejayaan manusia yang sebenar bukannya terletak pada jumlah harta kita miliki atau pada pangkat yang kita duduki. Kejayaan manusia hanya dating dalam agama iaitu sejauh mana seseorang itu dapat mentaati segala perintah dan suruhan Allah s.w.t dengan cara Nabi s.a.w.”

Saya yakin, setiap kejadian buruk yang tlah Tuhan turunkan ke atas diri ini ada rahmat-Nya. Saya pecaya kepada Qada’ dan Qadar Tuhan dan saya tidak pernah menyesal. Segalanya bermula pada tahun 1999. Sewaktu itu saya berada di Tingkatan 3 Bunga Raya. Debaran untuk menghadapi PMR sudah mula terasa apabila pelbagai perancangan telah dibuat oleh pihak sekolah supaya para pelajar tingkatan 3 memperoleh keputusan cemerlang. Seperti rakanyang lain, saya juga sibuk mengulang kaji pelajaran agar semuanya berjalan lancer menjelang peperiksaan nanti.

Namun, pada pertengahan tahun tersebut, suatu kejadian yang tidak pernah saya jangkakan telah berlaku. Kesakitan yang tidak pernah saya jangkakan telah berlaku. Kesakitan yang tidak terhingga pada kaki kiri saya telah menyebabkan saya sentiasa mengambil cuti sakit. Setelah berjumpa doctor pakar dan menjalani satu pembedahan kecil, saya telah disahkan menghidapi penyakit osteosarcoma atau lebih dikenali sebagai kanser tulang. Ia merupakan suatu kejutan yang besar dalam diari hidup saya. Walaupun pahit untuk ditelan, namun ini semua adalah lumrah kehidupan. Saya tetap tabah menjalani kehidupan kerana itu ketentuan Tuhan. Semenjak itu, hospital menjadi rumah kedua saya.

Tanggal 31 Ogos, iaitu pada Hari kemerdekaan Negara kita, saya dimasukkan ke Hospital Universiti. Saya terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 pusingan selama lebih kurang 6 bulan. Sememangnya, rawatan ini mempunyai pelbagai kesan sampingan yang menyebabkan badan seseorang itu menjadi lemah. Saya mula hilang selera makan, keguguran rambut dan yang paling teruk mengalami muntah yang berpanjangan. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, semangat untuk belajar tidak pernah luntur. Dengan dorongan keluarga dan bantuan rakan-rakan serta pihak sekolah. Saya kuatkan semangat untuk menghadapi segala ujian yang menimpa diri saya. Biarpun terdapat sel-sel yang membahagi secara tidak normal di dalam badan saya, saya akan tetap terus berjuang hingga ke noktah yang terakhir. Itulah janji saya pada diri saya yang kerdil ini.

Akhirnya, hari yang bakal menentukan masa depanku, iaitu PMR tiba juga. Namun , saya tidak seperti orang lain yang mengambil peperiksaan di dewan sebaliknya saya terpaksa mengambilnya di dalam wad hospital. Biarpun asing bagi saya, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus menghadapinya. Selepas peperiksaan PMR berakhir doctor telah mengarahkan saya menjalani pembedahan kaki dengan secepat mungkin, agar sel itu tidak merebak ke organ lain. Bersyukur kehadrat ilahi kerana pembedahan itu berjalan lancer dan Berjaya seperti yang dirancang. Esok PMR akan diumumkan. Walaupun, saya tidak pasti akan keputusan yang bakal diterima, namun saya berdoa agar usaha dan keperitan menanggung kesakitan selama ini akan membuahkan hasil. Alhamdulillah, keputusan yang diumumkan amat mengejutkan, saya telah berjaya memperoleh 8A dalam PMR.

Keputusan PMR yang saya telah peroleh itu melayakkan saya ke MRSM seperti yang diidamkan selama ini. Namun hasrat saya terpaksa dikuburkan memandangkan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Saya memasuki tingkatan 4 agak lewat daripada pelajar-pelajar lain kerana terpaksa berehat seketika dirumah untuk memulihkan keadaan badan saya yang masih lemah. Doktor juga telah mengesyorkan agar saya memakai tongkat semasa berjalan. Kekurangan diri ini mulai terasa apabila berhadapan dengan teman-teman yang sempurna biarpun mereka tidak pernah menyisihkan diri saya. Mereka melayan saya dengan baik dan amat memahami penderitaan yang sedang saya alami. Sememangnya jika boleh, saya ingin melakukan aktiviti lasak bersama mereka. Namun apakan daya.

Saya telah ditempatkan di dalam kelas 4 Kemboja dan pihak sekolah telah mengarahkan kelas tersebut supaya berpindah kebahagian bawah kerana keadaan diri saya yang tidak berupaya menaiki tangga. Walaupun saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah, namun saya juga berasa risau jika arahan tersebut menyebabkan pelajar-pelajar tingkatan 4 Kemboja menganggap diri saya sebagai suatu bebanan. Syukur kepada-Nya, mereka sanggup melakukan pengorbanan tersebut dengan hati yang terbuka dan telah melayan saya dengan baik. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik mereka semua. Sewaktu pendidikan jasmani, saya serig berasa tersisih kerana tidak dapat turut serta bersama-sama rakan-rakan yang lain. Keadaan diri saya ini sering membantutkan niat saya untuk kembali aktif dalam kokurikulum. Namun, saya hanya mampu pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Selama setahun saya berada di tingkatan 4, masalah kesihatan saya tidak timbul. Namun, manusia hanya merancang dan hanya Allah menentukan segalanya. Pada awal tahun 2001, doctor telah mengesahkan bahawa sel kanser tersebut telah merebak ke peparu kiri saya. Sekali lagi saya terpaksa dihempap perasaan sedih dan kecewa. Saya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menjalani satu pembedahan dan rawatan kemoterapi sebanyak 3 pusingan. Kehadiran sel itu di peparu saya sedikit sebanyak menyebabkan saya berasa cepat letih. Komposisi darah di dalam badan saya juga sering berkurangan dan ini menyebabkan saya kelihatan pucat dan tidak bermaya. Meskipun, ibu dan bapa saya tidak melahirkan perasaan sedih mereka, tetapi saya dapat merasakannya. Berkat sokongan mereka, guru-guru, teman-teman serta semangat dan keyakinan diri, akhirnya saya dapat mengharungi dugaan ini dengan hati yang tabah.

Setelah habis menjalani rawatan, saya kembali semula kesekolah walaupun badan saya masih lemah. Saya terpaksa berbuat demikian kerana memikirkan peperiksaan SPM yang bakal saya hadapi. Namun, apabila waktu peperiksaan menjelang tiba, saya sering jatuh sakit dan ia telah melarat hingga ke hari yang ditunggu-tunggu. Saya terpaksa tabahkan hati untuk melalui semua ini sekali lagi dan syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menghabiskan kesemua kertas peperiksaan dengan hati yang tenang. Apabila keputusan SPM telah diumumkan, pihak sekolah telah memberitahunya bahawa saya telah lulus dengan cemerlang. Saya telah memperoleh 8A 1B dan ini adalah dating dari Allah. Tanpa belas rahim-Nya, saya tidak akan mendapat semua ini.

Kini, kesihatan saya tidak mengizinkan saya untuk menyambung pelajaran saya. Doktor telah mengesahkan bahawa peparu kiri saya masih ada saki –baki sel kanser dan secara tidak langsung telah menyebabkan peparu kiri saya tidak dapat berfungsi lagi. Saya hanya mampu berdoa dan yakin kepada-Nya agar Dia menyembuhkan penyakit saya walaupun saya tahu penyakit ini memang tiada ubatnya. Mungkin ramai orang beranggapan saya sudah bersedia menghadapi kehidupan yang kelam, tetapi saya tidak. Mengertilah….semua ini tidak pernah saya pinta. Semua yang berlaku adalah takdir Allah dan saya menerima dengan redha. Dan apakah yang lebih baik daripada itu?!
Cetusan rasa Fadzilah Bt. Malim Jaafar RPS (1997-2001)


“Begitulah suratan kehidupan insan segala-galanya ditentukan oleh Allah yang maha esa. Sebagai hamba-Nya kita hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Tanggal 5 Jun 2001 saudari Fadzilah telah kembali menghadap Allah yang satu, setelah beberapa hari mendaftar diri di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang kedoktoran. Walaupun jasadnya sudah hilang di pandangan namun kegigihan, ketabahan, sikapnya yang peramah dan sentiasa ceria pasti akan terpahat dalam memori guru-guru dan rakan-rakan yang mengenali hati budinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.”

.::Cerita ini dipetik dari Majalah Harapan keluaran 2002 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh::.


p/s : terjumpa artikel ni masa surf internet tadi, tetibe terasa sebak, teringat masa arwah berjalan naik ke kelas dengan keadaan bertongkat..walaupun tak sempat nak bersekolah bersama sampai ke akhir, sebab kebanyakan kawan2 sekelas termasuk sy sendiri, lepas tingkatan 3, masing-masing berpindah ke MRSM dan SBP yang lain, tapi kami sentiasa update kisah pasal arwah, sampai lah ke hari terakhir beliau..
Al-Fatihah...

beringat

ingat kah lagi kamu wajah-wajah di hari pertama pendaftaran???
siapa yang menolong mengangkat segala beg, timba, bantal kamu????
dengan tidak merungut sikit pun,
malah gembira bercampur bangga anaknya dapat sambung belajar.
sanggup bersesak dengan orang ramai,
duduk di kaki-kaki lima menghilangkan lelah,
walau pun sanggup berpanas, tapi masih mampu tersenyum..
ingat lagi kamu pada pesan mereka???


masih ingat lagi kamu pada helaian AKU JANJI ini???


tapi kenapa bila belum pun habis satu semester kamu dah mula buat perangai???
Ingat....
kamu datang ketempat ilmu ni, bukan untuk bersuka-suka...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme